Pengguna:118.101.202.206
AKU JENIN
[sunting | sunting sumber]Ini merupakan konsep yang dicipta oleh Mimi Salleh bagi memperkasakan elemen 'berangan-angan' dalam konteks pemikiran kreatif dengan mengambil inspirasi sekeliling dalam penciptaan produk baharu yang bernilai tambah. Tiga tema yang menjadi asas ialah imaginasi, inspirasi dan inovasi. Setakat ini koleksi Aku Jenin merangkumi novel remaja, buku mewarna, buku pop-up, latihan penulisan, aktiviti ceria, video dan banyak lagi.
Asal Perkataan Jenin
[sunting | sunting sumber]Ia berasal daripada cerita rakyat Mat Jenin. Cerita asal yang diperturunkan dari generasi ke generasi mengisahkan seorang budak lelaki yang pemalas. Suatu hari, dia diminta mendapatkan beberapa biji buah kelapa dan akan mendapat upah beberapa biji telur ayam. Semasa dia memanjat, Mat Jenin mula berangan-angan untuk mengeram telur ayam itu untuk mendapatkan ayam yang mana akan menghasilkan lebih banyak telur ayam. Kemudian, Mat terfikir, apabila ayam sudah banyak dia boleh memberi kambing, seterusnya kambing boleh dijual untuk mendapat pulangan yang lumayan. Semakin tinggi Mat Jenin memanjat pokok kelapa, dia terfikir lagi, kambing-kambing itu lebih baik dijual untuk dibeli lembu, itu akan membuatnya kaya. Wah! sebaik dia ternampak dirinya menjadi kaya, Mat Jenin mula berangan-angan untuk berkahwin dengan puteri raja. Angan-angan itu membuat Mat Jenin sungguh gembira lalu bertepuk tangan. Ini menyebabkan Mat Jenin leka lalu terjatuh daripada pokok kelapa. Mat Jenin mati.
Konsep Aku Jenin
[sunting | sunting sumber]Konotasi cerita asal Mat Jenin berbaur dengan pesanan supaya jangan menanam impian tinggi, kelak akan jatuh kecewa. Namun, di zaman sains dan teknologi ini, melalui berangan-angan 'sehingga ke bulan', maka manusia hari ini berjaya menjejakkan kaki ke bulan. Justeru, konsep Aku Jenin menekankan elemen penggunaan imaginasi dengan mengambil inspirasi (permasalahan) dari sekeliling. Masyarakat kini mahu segala-galanya pantas dan efisien. Maka kita memerlukan lebih ramai 'Mat Jenin' untuk berfikir idea luar kotak dan mencipta produk yang bernilai tambah. Semua penghasilan produk baharu atau perkhidmatan bermula dengan berangan-angan
Koleksi Aku Jenin
[sunting | sunting sumber]Siri Mat Jenin
[sunting | sunting sumber]Siri Jenin Junior
[sunting | sunting sumber]Siri Ceritalah Jenin (edisi premium)
[sunting | sunting sumber]Young Jenin Writer
[sunting | sunting sumber]Dunia Imaginasi Jenin
[sunting | sunting sumber]Aku Jenin Di Media Sosial
[sunting | sunting sumber]Facebook : Aku Jenin
Instagram : Aku Jenin Official
Youtube : Aku Jenin Official
Blog : Aku Jenin
Mat Jenin Di Seluruh Dunia
[sunting | sunting sumber]Elon Musk - Teslar, The Boring, Spacex, PayPal
Walt Disney - Disney World
Al-Kawarizmi - Bapa Robotik Modern
Steve Job - Apple, Pixar
Mark Zuckerberg - Facebook
J.K. Rowlings - Harry Potter
James Cameron - Titanic, Avatar