Pergi ke kandungan

Pengetahuan bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengetahuan bebas (bahasa Inggeris: open knowledge) ialah pengetahuan yang dapat diperoleh, diterjemah dan digunakan secara bebas. Ia boleh diolah mengikut kehendak seseorang itu, dan dikongsi bagi manfaat masyarakat.

Ungkapan ini merujuk kepada pergerakan budaya bebas/percuma/libre yang berilhamkan prinsip-prinsip perisian bebas, kejayaan pembuatan setara dalam pembangunan perisian bebas (dan Wikipedia) dan kepercayaan bahawa pengetahuan sepatutnya boleh dikongsi dan diperoleh tanpa sebarang hambatan.

Pengetahuan Bebas atau Libre

[sunting | sunting sumber]

Para penyokong pengetahuan bebas ataupun pengetahuan libre mempercayai bahawa kebebasan pengetahuan diancam oleh percubaan-percubaan mengawal atau membatas perkongsian maklumat (ataupun pengetahuan tersurat) dalam Internet. Oleh sebab ini takrif pengetahuan bebas dirumus berlandaskan takrif perisian bebas oleh Yayasan Perisian Bebas (FSF):

"Pengetahuan Bebas ialah pengetahuan yang disediakan dalam cara yang memungkinkan pengguna membaca, mendengar, menonton ataupun mengalaminya; belajar daripada atau dengannya; menyalin, mengubah suai dan menggunanya untuk apa jua tujuan; dan untuk berkongsi karya-karya terbitan dengan cara yang sama (pengetahuan bebas) demi kebaikan sejagat."

Para pengguna pengetahuan bebas ataupun pengetahuan libre bebas untuk:

(1) mengguna karya bagi apa-apa tujuan
(2) mengkaji mekanisme, bebas mengubah suai dan menyadurnya mengikut keperluan
(3) membuat dan mengedarkan salinan, sama ada separa atau sepenuhnya
(4) menambah baik dan/atau mengembangkan karya dan berkongsi karya terbitan tersebut.

Kebebasan 2 dan 4 memerlukan penampilan digat pengetahuan bebas dalam format fail bebas yang boleh disunting dengan perisian bebas yang ditakrif mengikut takrif FSF.

Sumber Bebas

[sunting | sunting sumber]

Ungkapan "sumber bebas" merujuk kepada sumber yang terdapat pada peranti ataupun bahantara seperti fail teks dalam format terbuka/bebas, imej, bunyi, multimedia, dan lain-lain, ataupun kombinasi kesemua ini, yang boleh dicapai degan perisian percuma, dan dikeluarkan di bawah lesen yang memberi kebebasan kepada pengguna untuk memperoleh, membaca, mendengar, menonton dan mengalami sumber tersebut; belajar daripadanya, menyalin, melaksana, mengubah suai dan mengguna sumber tersebut bagi apa tujuan sekalipun; dan mengedar serta berkongsi penambahbaikan atau karya terbitan.

Sumber-sumber sedemikian merupakan sumber penting kepada pergerakan yang bersabit dengan perisian bebas, kebudayaan bebas/libre, dan pengetahuan bebas, dan lain-lain; dan digunakan oleh "masyarakat libre"—misalnya bagi pembelajaran.

Pembelajaran Bebas

[sunting | sunting sumber]

Pengetahuan dan pembelajaran bergerak seiring. Pembelajaran Bebas (yang secara potensinya merupakan pembelajaran kolaboratif dan dibina masyarakat) tidak terhambat oleh kaedah pelesanan yang terlalu mengehad tetapi menggunakan sumber bebas. Istilah ini dikaitkan dengan visi seperti "kebebasan belajar"—membebaskan pedidikan dan pembelajaran— ynag dilihat bersesuaian dengan negara-negara yang tidak mempunyai kemudahan awam yang mencukupi untuk menangani keperluan, seterusnya membolehkan masyarakat madani mangembil inisiatif dan menambah kepada sistem pendidikan awam.

Lihat juga: Wikiversity

Nota pensejarahan dan rujukan

[sunting | sunting sumber]

Boleh dikatakan bahawa konsep-konsep pengetahuan bebas/libre dan pengetahuan tak bebas sudah hadir semenjak manusia mual berhubung satu sama lain. Perbincangan ilmiah terhadap konsep-konsep ini bukan perkara baharu, mahupun pada tempoh kebelakangan ini perdebatan bertambah hangat dengan kemunculan Internet dan perkongsian pengetahuan yang bertambah mudah.

Nota pensejarahan dan rujukan berkaitan dimautkan di bawah:

  • 1909: Mahatma Gandhi: satu daripada penerbitan awal Gandhi, Hind Swaraj yang diterbitkan di Gujarat pada tahun 1909 dianggap sebagai cetak biru intelektual pergerakan pembebasan India. Buku tersebut diterjemahakan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, dengan paparan hak cipta yang berkata, "Tiada Hak Terpelihara".[1]
  • 1954: Mark Van Doren menulis Man's right to knowledge and the free use thereof (Hak mendapatkan pengetahuan dan kebebasan menggunanya)[2]
  • 2001 Fle3 - "Fle3 - libre software for (libre) knowledge building" (Perisian bebas untuk membina pengetahuan (bebas))[3]
  • 2002: penerbitan himpunan esei Richard Stallman yang mencerminkan banyak falsafah di sebalik Pengetahuan Bebas mahupun dalam erti kata perisian komputer.[4]
  • Lawrence Lessig menerbitkan beberapa buku yang membincangkan ketegangan antara budaya Internet yang bebas, tulis/baca dengan kawalan melalui kaedah-kaedah teknikal. Penerbitan-penerbitan ini termasuk Free Culture,[5] Code and Other Laws of Cyberspace,[6] Code: Version 2.0[7] dan The Future of Ideas.[8]
  • 2004: Yochai Benkler menerbitkan Coase's Penguin yang memperkenalkan mod pengeluaran baharu bagi abad ke-21.[9]
  • 2007 Charlotte Hess dan Elinor Ostrom menyunting buku berjudul Understanding Knowledge as a Commons: from theory to practice yang mencerminatkan minat terhadap fenomenon ini dan sedikit sejarah pengetahuan commons.[11]
  • 2007 Kim Tucker menerbitakan esei Say "Libre" (Katakan "Libre"/"Bebas") yang menerangkan keutamaan penggunaan istilah ini berbanding "terbuka" pada tempat-tempat tertentu.[12]

beberpa perbincangan yang membawa kepada kemunculan idea-idea "sumber bebas/libre" (di atas) dan masyarakat libre muncul dalam bengkel-bengkel sebuah projek yang pada asalnya digelar "Free Knowledge Communities" (Masyarakat Pengetahuan Bebas).

  1. ^ "Would Gandhi have been a Wikipedian?". The Indian Express. 17 January 2012. Dicapai pada 26 January 2012. Italic or bold markup not allowed in: |newspaper= (bantuan)
  2. ^ van Doren, M. 1954. Man's right to knowledge and the free use thereof. Columbia University, New York.
  3. ^ "Fle3 announcement in November 2001". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-27.
  4. ^ Gay, Joshua (ed). 2002: Free Software, Free Society: Selected Essays of Richard M. Stallman. Diarkibkan 2008-06-10 di Wayback Machine Boston, Massachusetts: GNU Press. ISBN 1-882114-98-1. Juga boleh dicapai melalui Internet dalam beberpa format di PDF, Texinfo, Postscript
  5. ^ Lessig, L. 2004. Free Culture: How Big Media Uses Technology and the Law to Lock Down Culture and Control Creativity. Penguin Books.
  6. ^ Code and Other Laws of Cyberspace (2000) (ISBN 978-0-465-03913-5, Basic Books, New York)
  7. ^ Code: Version 2.0 (2006) (ISBN 978-0-465-03914-2, Basic Books, New York)
  8. ^ The Future of Ideas (2001) (ISBN 978-0-375-50578-2, Random House, New York)
  9. ^ Coase's Penguin or Linux and The nature of the firm a paper by Yochai Benkler defining what is, and how Commons-Based Peer Production works, along with a long study of what motivates contributors.
  10. ^ Yochai Benkler (2006):The Wealth of Networks: How Social Production Transforms Markets and Freedom, Yale University Press.
  11. ^ Hess C and Ostrom E (eds). 2007. Understanding Knowledge as a Commons: from theory to practice. MIT Press, Cambridge Massachusetts.
  12. ^ Tucker KC. 2007. Say "Libre", http://www.libre.org/communities/philosophy/saylibre Diarkibkan 2010-06-11 di Wayback Machine and discussion venue: http://www.wikieducator.org/Say_Libre

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]