Penelope Heyns
Penampilan
Penelope ("Penny") Heyns (lahir 8 November, 1974) adalah seorang perenang Afrika Selatan yang terkenal sebagai perenang wanita pertama dalam sejarah Sukan Olimpik meraih dua pingat emas bagi acara renang iaitu acara 100m dan kuak dada 200m. Beliau merupakan pemegang rekod kuak dada bagi acara 50m, 100m dan 200 m dan ini menjadikannya perenang kuak dada yang terbaik didunia.
Sejarah Awal
[sunting | sunting sumber]Walaupun beliau terkenal sebagai rakyat Durban, Penny sebenarnya dilahirkan di Springs, Gauteng, Afrika Selatan. Walaupun begitu beliau telah melalui zaman persekolahannya di Amanzimtoti sebuah bandar persisiran pantai di selatan Durban. Selepas itu beliau telah melanjutkan pelajarannya di University of Nebraska, Nebraska, AS.