Pergi ke kandungan

Pendudukan Jepun di Sumatera Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pendudukan Jepun di Sumatera Barat
Provinsi Pantai Barat Sumatera
スマトラ西海岸州 (Jepun)
1942–1945
Bendera Empayar Jepun
Mohor Empayar Jepun
Bendera Empayar Jepun Mohor
Cogan kata八紘一宇 (Hakkō ichiu)
("Lapan Tali Mahkota, Satu Atap")
Lagu kebangsaanKimigayo
Pantai Barat Sumatera (merah tua) di dalam pendudukan Jepun di Hindia Timur Belanda (merah)
Pantai Barat Sumatera (merah tua) di dalam pendudukan Jepun di Hindia Timur Belanda (merah)
StatusProvinsi yang diduduki tentera Empayar Jepun
Ibu negara
dan bandar terbesar
Padang[1]
1°00′S 100°30′E / 1.000°S 100.500°E / -1.000; 100.500Koordinat: 1°00′S 100°30′E / 1.000°S 100.500°E / -1.000; 100.500
Bahasa yang umum digunakan
Maharaja 
• 1942–1945
Hirohito
Panglima Angkatan Darat (Gunshireikan) 
• 1942
Tomoyuki Yamashita
• 1942‒1943
Yaheita Saito [jp]
• 1943‒1945
Moritake Tanabe
Gabenor (Shūchōkan) 
• 1942‒1944
Yano Kenzo
• 1944‒1945
Hattori Naoaki
Badan perundanganShū Sangi-kai
Kerukunan Minangkabau
Era SejarahPerang Dunia II
• Didirikan
9 Ogos 1942
• Dibubarkan
17 Ogos 1945
Mata wangRupiah Hindia Belanda
Zon waktuUTC+9 (TST)
Didahului oleh
Diganti oleh
Hindia Belanda
Indonesia
Hindia Belanda
Sekarang sebahagian dariIndonesia
Soekarno yang pada masa awal kedatangan Jepun berada di Padang meyakinkan sebahagian besar tokoh-tokoh gerakan kemerdekaan agar boleh bekerjasama dengan Jepun.

Pendudukan Jepun di Sumatera Barat, secara rasmi dikenali sebagai Sumatora Nishi Kaigan Shū (Jepun: スマトラ西海岸州, Hepburn: Sumatora Nishikaigan-shū, har. Provinsi Pantai Barat Sumatera),[2][3] bermula dari 1942 hingga 1945 ketika wilayah ini dikuasai oleh Empayar Jepun. Jepun memasuki Bandar Padang pada 17 Mac 1942 dan dalam sepuluh hari seluruh bandar penting di wilayah Sumatera Barat diduduki tanpa pertempuran dari Belanda. Pendudukan Jepun di wilayah ini berakhir pada 17 Ogos 1945 seiring dengan proklamasi kemerdekaan Indonesia oleh Sukarno dan Mohammad Hatta.

Pada masa awal pendudukan Jepun, kejadian yang berlaku di Padang banyak dipengaruhi oleh Sukarno.[4] Beliau berada di Sumatera Barat selama tiga hingga lima bulan, antara Februari 1942 hingga Julai 1942.[5]

Pada Oktober 1943, Jepun memerintahkan penubuhan Giyugun (unit keselamatan sukarela) untuk membantu pertahanan. Dipimpin oleh Chatib Sulaiman, Giyugun ialah satu-satunya unit ketentaraan yang dibentuk Jepun di Sumatera Barat. Tentera sukarela ini kemudiannya menjadi tulang belakang angkatan bersenjata Indonesia selepas kemerdekaan.

Kedatangan Jepun

[sunting | sunting sumber]

Jepun memulakan penyusupannya di Sumatera pada Februari 1942 dengan menerjunkan unit-unit pasukan payung di Palembang. Menurut Audrey Kahin, Jepun cuba untuk mendahului rancangan Belanda yang akan merosakkan medan minyak dekat Palembang. Dari Palembang, tentara Jepun segera menyebar ke arah selatan dan utara Sumatera. Pada pertengahan Mac, pasukan dalam jumlah yang lebih besar mendarat di pantai utara dan timur Sumatera, lalu bergerak pantas ke selatan.[6]

Melalui Perjanjian Kalijati pada 8 Mac 1942, Belanda menyerahkan wilayah jajahan Indonesia kepada Jepun. Selepas pendudukan bermula, Jepun membahagikan Indonesia dalam tiga wilayah pemerintahan tentera. Wilayah Sumatera berada di bawah Jabatan Pemerintahan Tentera Angkatan Darat (Rikugun) ke-25 di Singapura yang dipimpin Jeneral Tomoyuki Yamashita. Namun, panglima tentera Belanda di Sumatera, A. I. Spits mengumumkan tentara Belanda di Sumatera akan terus berjuang hingga titisan darah terakhir.[7]

Kemasukan Jepun ke Sumatera Barat hampir bersamaan dengan gerakan mereka di pelbagai kawasan lain di Sumatera. Tentara perang Jepun memasuki Bandar Padang pada 17 Mac 1942. Dalam beberapa hari, seluruh Sumatera Barat dikuasai oleh mereka dan panglima tentera Belanda di Sumatera menyerah kalah tanpa syarat kepada Jepun.[6]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]
Atap Jam Gadang mengikuti bentuk atap pagoda (tengah) sewaktu pendudukan Jepun.

Ahli akademik Audrey Kahin—yang mendapat gelaran doktor dalam ilmu sejarah Asia Tenggara dari Universiti Cornell[8][./Pendudukan_Jepun_di_Sumatera_Barat#cite_note-FOOTNOTEThe_Jakarta_Post22_Januari_2014-8 [8]]—mencatatkan, salah satu fokus tentera pendudukan Jepun sepanjang tahun pertama pendudukan ialah memfungsikan alatan pemerintahan di Sumatera sehingga mereka dapat memanfaatkan sumber penting di Sumatera secara berkesan, terutama medan minyak di Palembang dan ladang getah di Sumatera Timur. Jepun menghidupkan kembali sistem pemerintahan peninggalan Belanda dan menaikkan semula sebahagian besar bekas penjawat tempatan yang pernah berada dalam pentadbiran sebelumnya.[6][9]

Struktur pemerintahan pendudukan di Sumatera pada mulanya berada di bawah kuasa Angkatan Darat ke-25 yang berpusat di Singapura. Namun, Komando Angkatan Darat ke-25 menyimpulkan mereka tidak mungkin memerintah Sumatera dari markas besarnya di Singapura, terutama dalam usaha melindungi kawasan di sekitar lokasi-lokasi penting. Pada 1 Mei 1943, markas besar Angkatan Darat ke-25 dipindahkan dari Singapura ke Bukittinggi, dan Sumatera yang sebelumnya digabungkan bersama Tanah Melayu dijadikan unit pemerintahan sendiri.[7] Jepun membahagikan Sumatera menjadi 10 shū (bersamaan dengan kawasan pentadbiran residen pada zaman Belanda) yang masing-masing diketuai oleh seorang shūchōkan.

Keresidenan Sumatera Barat dibentuk pada Ogos 1942 dengan nama Sumatora Nishi Kaigan Shū. Keresidenan ini beribu pejabat di Padang. Mantan Gabenor Prefektur Toyama, Yano Kenzo menjawat sebagai shūchōkan pertama.[10] Sebagai pemimpin awam untuk kawasan Sumatera Barat, Yano Kenzo tiba di Padang pada 9 Ogos 1942 bersama dengan 68 orang pegawai awam.[11] Pembahagian unit kawasan pentadbiran Sumatera Barat hampir sepenuhnya menyerupai pembahagian yang dilakukan oleh Belanda pada 1935 yang terdiri dari 5 afdeelingen, 19 onderafdeelingen, 20 districten, dan 49 onderdistricten serta kira-kira 430 nagari. Sejarawan Gusti Asnan menulis, sedikit perbezaan dari pembahagian unit kawasan pentadbiran oleh Jepun ialah mengeluarkan Fuku Bun Bangkinang dan dimasukkan kawasan itu ke dalam Rio Shū.

Dalam menjalankan pemerintahannya di Sumatera Barat, Jepun tidak banyak melakukan perubahan struktur pemerintahan, kecuali perubahan tata nama ke dalam bahasa Jepun. Afdeeling yang diketuai oleh pembantu residen diubah menjadi bunshū yang diketuai oleh bunshūchō. Onderafdeeling yang diketuai oleh pengawal diubah menjadi fuku bunshū yang diketuai oleh seorang fuku bunshūchō. District yang diketuai oleh demang (ketua daerah) diubah menjadi gun yang diketuai oleh gunchō. Onderdistrict yang diketuai oleh pembantu demang diubah menjadi fuku gun yang diketuai oleh fuku gunchō.[11]

Jepun masih menggunakan pegawai-pegawai tempatan yang sebelumnya berada dalampentadbiran Hindia Timur Belanda, kecuali jawatan penting dalam pemerintahan,[12] dengan syarat tidak melanggar pihak berkuasa Jepun.[13] Jawatan warga tempatan tertinggi mengetuai gun dan struktur di bawahnya, fuku gun. Unit pemerintahan yang terkecil iaitu nagari diberi istilah son dan ketua nagari dinamakan sonchō.[11]

Catatan kaki

[sunting | sunting sumber]

Keterangan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ 「日本官僚制総合事典: 1868 – 2000」138頁.
  2. ^ Sedjarah Minangkabau (dalam bahasa Indonesia). Bhratara. 1970.
  3. ^ Asnan, Gusti (2007). Memikir ulang regionalisme: Sumatera Barat tahun 1950-an (dalam bahasa Indonesia). Yayasan Obor Indonesia. ISBN 978-979-461-640-6.
  4. ^ Kahin 2005, m/s. 137.
  5. ^ Historia & 1 Juni 2016.
  6. ^ a b c Kahin 2005, m/s. 135.
  7. ^ a b Kahin 2005, m/s. 136.
  8. ^ The Jakarta Post & 22 Januari 2014.
  9. ^ http://repositori.kemdikbud.go.id/14166/1/Peranan%20desa%20dalam%20perjuangan%20kemerdekaan%20di%20sumatera%20barat%201945-1950.pdf
  10. ^ Kahin 2005, m/s. 142.
  11. ^ a b c Asnan 2006, m/s. 119.
  12. ^ Kongres Nasional Sejarah, 1996: sub tema Dinamika Sosial Ekonomi, III (dalam bahasa Indonesia). Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. 1996.
  13. ^ Siti Fatimah 2011, m/s. 82–83.

Daftar pustaka

[sunting | sunting sumber]