Pergi ke kandungan

Penderita (tatabahasa)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang linguistik, penderita tatabahasaan,[1] ialah sesuatu peserta yang mengalami sesuatu tindakan dalam sesuatu keadaan atau sesuatu hubungan tema berkaitan sesuatu peserta dengan sesuatu tindakan. Kadangkala, "tema" dan "penderita" digunakan untuk maksud yang sama.[2]

Apabila digunakan untuk maksud yang berbeza, "penderita" menerangkan penerima yang berubah keadaan ("Saya menghancurkan kereta") dan "tema" menerangkan sesuatu yang tidak berubah keadaan ("Saya mempunyai kereta itu").[3] Dengan takrifan tersebut, kata kerja statif bertindak mengikut tema, dan kata kerja dinamik bertindak pada penderita.

Biasanya, situasi dilambangkan dengan ayat, tindakan oleh kata kerja dalam ayat, dan penderita oleh frasa kata nama.

Sebagai contoh, dalam ayat "Yakub makan keju", "keju" ialah penderita. Dalam bahasa-bahasa tertentu, penderita dirosot untuk kasus atau sebaliknya ditanda untuk menunjukkan peranan tatabahasanya. Dalam bahasa Jepun, sebagai contoh, penderita biasanya diimbuhkan dengan partikel o (hiragana を) apabila digunakan dengan kata kerja transitif giat, dan partikel ga (hiraganaが) apabila digunakan dengan kata kerja atau kata adjektif tak transitif nirgiat. Walaupun bahasa Inggeris Moden tidak menandakan peranan tatabahasa pada kata nama (ia menggunakan urutan kata), kependeritaan diwakili secara tidak teratur dalam cara lain; contohnya, dengan morfem bahasa Inggeris "-en", "-ed", atau "-ee", seperti dalam "eaten", "used", atau "payee". 

Penderita tatabahasa sering dikelirukan dengan objek langsung. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara. Penderita adalah sifat semantik, ditakrifkan dari segi makna frasa; tetapi objek langsung ialah sifat sintaksis, ditakrifkan dari segi peranan frasa dalam struktur ayat. Sebagai contoh, dalam ayat "Anjing menggigit lelaki itu", "lelaki" ialah kedua-dua penderita dan objek langsung. Sebaliknya, dalam ayat "Lelaki itu digigit anjing", yang mempunyai makna yang sama tetapi struktur tatabahasa yang berbeza, "lelaki itu" masih penderita, tetapi kini berdiri sebagai subjek frasa; dan "anjing" hanyalah agen.

  1. ^ Jalaluddin, Nor Hashimah; Syah, Ahmad Harith (2009). "Penelitian makna imbuhan pen- dalam Bahasa Melayu: satu kajian rangka rujuk silang" (PDF). GEMA Online Journal of Language Studies. 9: 57–72.
  2. ^ William O' Grady, Michael Dobrovolsky, Mark Aronoff (1997). Contemporary Linguistics. ISBN 0-312-13749-4.CS1 maint: uses authors parameter (link) - uses "theme" to mean a recipient of an action that changes state, p. 265-66
  3. ^ A similar distinction is made here: 1.3.2 Predicates and arguments in Basic English Syntax with Exercises (ISBN 9639704709), see also the pop-up glossary for the terms in question