Pendapatan benar
Pendapatan benar ialah pendapatan seseorang atau negara selepas dilaraskan untuk mengambil kira inflasi. Ia dikira selepas inflasi ditolak daripada pendapatan nominal. Pemboleh ubah benar seperti pendapatan benar keluaran dalam negeri kasar benar (KDNK benar), dan kadar faedah benar merupakan pemboleh ubah yang diukur menerusi unit fizikal, manakala pemboleh ubah nominal seperti pendapatan nominal, keluaran dalam negeri kasar nominal (KDNK nominal), dan kadar faedah nominal diukur dalam unit kewangan. Justera, pendapatan benar merupakan penunjuk kesejahteraan yang lebih berguna kerana ia berdasarkan jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dengan pendapatan.
Menurut teori dikotomi klasik, pemboleh ubah benar dan pemboleh ubah nominal adalah tidak sama pada jangka panjang, iaitu ia tidak mempengaruhi satu sama lain. Misalnya, katakanlah pendapatan permulaan nominal ialah RM100 dan kadar inflasi ialah 10% (kenaikan harga umum, misalnya apa yang berharga RM10 kini berharga RM11). Justera, dengan RM100, anda boleh membeli barang yang kurang dan jika pendapatan anda tidak dilaraskan untuk inflasi (tidak naik sebanyak 10%), pendapatan benar anda telah turun sebanyak 10% secara lalai.