Pergi ke kandungan

Pendakian Tentera Andes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran José de San Martín (kiri) dan Bernardo O'Higgins merentasi banjaran Andes.
[El paso del Ejército Libertador por la cordillera de los Andes, lukisan minyak oleh Julio Vila y Prades, 1909]

Pada awal tahun 1817, suatu kelompok gabungan orang askar - sejumlah 4,000 tentera biasa dan 1,200 askar militia[1] - dan orang buangan Chile pimpinan José de San Martín melakukan suatu pendakian jauh merentasi banjaran gunung Andes (Sepanyol: Cruce de los Andes - "Pendakian banjaran Andes") untuk sampai ke Chile dalam suatu percubaan memerdekakan kawasan ini daripada penjajahan Empayar Sepanyol.

Ia dianggap bukan sahaja antara peristiwa paling penting dan hebat dalam sejarah Argentina dan Chile, tetapi juga antara peristiwa yang paling mengagumkan dalam sejarah ketenteraan manusia.[2][3][4][5][6][7][8]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Revolusi Mei tercetus pada tahun 1810 memulakan deretan peperangan pihak Rio de la Plata menentang kerajaan Sepanyol yang merebak ke seluruh benua Amerika Selatan. Walaupun gerakan ini mencapai kejayaan awal, kemajuan mereka tidak berubah kerana penentangan dan penindasan yang dilakukan oleh sebahgaian warga penjajah Amerika dan Semenanjung yang taat setia kepada kuasa Sepanyol yang berpusat di Peru.

Untuk melaksanakan rancangannya, San Martin tiba di Mendoza pada 7 September 1814 dengan tujuan mengatur tentera kecil dan berdisiplin di Provinsi Cuyo. Tidak lama selepas itu, antara 1 dan 2 Oktober tahun sama Pertempuran Rancagua berlaku di di mana tentera patriotik Chile dikalahkan; banyak mayat para askar ini dijumpai merata-rata jajaran gunung ke arah Mendoza San Martin membentuk tentera Cuyano yang baru - kira-kira 1000 orang - pasukan Chile ditugaskan bawah pimpinan Andrés del Alcázar dan Bernardo O'Higgins manakala sebahagian askar lain mengikuti José Miguel Carrera dalam suatu pasukan lama yang berasingan. Pada masa yang sama, San Martín menggabungkan ke dalam suatu Batalion Sokongan (dikenali sebagai Auxiliares de Chile), yang telah kembali dari misinya di Chile di bawah pimpinan Kolonel Juan Gregorio de Las Heras oleh perintah kerajaan Wilayah Amerika selepas mengambil pengetahuan mengenai Perjanjian Lircay.

Persiapan

[sunting | sunting sumber]

Suatu kelompok besar dibentuk dengan nama Tentera Andes yang terdiri daripada kira-kira 3800 orang askar Argentina dan Chile, 1200 askar militia dan sokongan (untuk menjaga bekalan makanan dan senjata api), 120 orang penggerudi dan 21 oramg jurumeriam. Merek turut membawa:

  • Haiwan tunggangan: Sebanyak 1,600 ekor kuda dan 10,000 ekor himar dibawa sebagai haiwan pengangkut askar-askar ini,
  • Senjata: 22 buah meriam, 2000 buah senapang lantak, 1,129 bilah pedang serta 5,000 patah senapang berbayonet.

Pemakanan mereka turut dirumuskan dengan tujuan membantu membekalkan sepanjang pendakian merentasi banjaran: valdiviano, suatu hidangan berasaskan daging kering (jerky), lemak, hirisan bawang mentah dan air mendidih; arak brandi untuk mengurangkan kesejukan malam, serta juga bawang-bawang putih dan merah yang seckukpnya untuk memerangi rasa mabuk gunung.[9]

Perjalanan

[sunting | sunting sumber]

Mereka mula menjejakkan kaki di kaki banjaran Andes pada 5 Januari 1817. Pasukan ini dibahagikan kepada dua jajaran dan empat pasukan: jajaran pertama diketuai Miguel Estanislao Soler San Martin dan O'Higgins, masing-masingmelalui laluan Los Patos dengan jarak selangan sehari perjalanan; jajaran kedua diketuai Juan Gregorio de Las Heras yang bergerak sepanjang laluan Uspallata sebelum disusuli Luis Beltrán dua hari kemudian dengan bekalan makanan dan senjata api mereka. Kurang setengah daripada bilangan haiwan tunggangan mereka masih terselamat dalam penyeberangan mereka ini.[10]

Kumpulan San Martín dan O’Higgins akhirnya tiba di penghujung seberangan mereka di Santiago, Chile, pada 13 Februari 1817.[11] Kebanyakan daripada pihak kerajaan Sepanyol bergerak ke arah utara untuk mengelak bertemu pasukan San Martín namun sebuah kumpulan pecahan seramai 1,500 orang askar kekal dan mara ke sebuah bukit yang berdekatan kota ini bernama bukit Chacabuco[12] - di sanalah bermulanya suatu pertempuran sengit di sana.

  1. ^ Calvo, Carlos (1864). Anales históricos de la revolución de la América latina, acompañados de los documentos en su apoyo (dalam bahasa Sepanyol). III. Madrid: Imprenta de J. Jacquin. m/s. 172.
  2. ^ "When the "Hannibal of the Andes" Liberated Chile". Encyclopædia Britannica, inc. Dicapai pada 1 Februari 2019. In traversing some 300 miles (480 km) of perilously steep mountain trails in just a few weeks, San Martín’s Army of the Andes executed one of history’s most-surprising attacks. Leading his men through defiles, chasms, and passes that were often 10,000 to 12,000 feet (3,000 to 4,000 meters) in elevation, San Martín and his troops’ movements earned comparison to the Carthaginian general Hannibal’s crossing of the Alps during the Second Punic War. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Mitre, Bartolomé (1950). Historia de San Martín y de la emancipación sudamericana (ed. ke-2). Buenos Aires: Ediciones Peuser. m/s. 366. El paso de los Andes por San Martín está colocado por la historia y por la ciencia a la altura de los cuatro más célebres pasos de montaña que recuerde el mundo y ocupa el tercer lugar en el orden cronológico. ("Penyeberangan banjaran Andes yang dilakukan San Martin dicatat dalam sejarah dan sains antara empat pendakian gunung manusia terhebat tercatat di dunia pada tempat ketiga...")
  4. ^ Círculo Militar, penyunting (2000). San Martín: Gral. José de San Martín, padre de la patria: 150 años. Buenos Aires. m/s. 99. ISBN 9789509822573. La hazaña del cruce de los Andes ubicó a San Martín entre los grandes generales del mundo occidental ("...aksi pendakian banjaran Andes meletakkan San Martín dalam kalangan antara jeneral terhebat di dunia Barat...")
  5. ^ Vogel, Carlos Alfredo; Vélez Achaval, Eugenio (1950). Historia argentina y constitución nacional. Buenos Aires: E. Perrot. m/s. 216. [...] San Martín puso en práctica su audaz proyecto, que se inició con el cruce de los Andes, extraordinaria hazaña militar que continuó con una campaña tan breve y difícil como gloriosa.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Campos, Omar (2006). El cruce los Andes. Tras las huellas de San Martín. Buenos Aires: Dunken. ISBN 978-987-02-1679-7. Ninguna gesta militar puede semejarse al cruce de los Andes. Quienes se empeñan en comparar las campañas de Aníbal y Napoleón sobre los Alpes olvidan que ellos desplazaron sus ejércitos por anchas rutas comerciales permanentemente transitadas [...] ("Tiada satu angkatan tentera yang pernah melakukan perkara sehebat pendakian banjaran Andes. Mereka yang menganggap perbuatan sehebat kempen-kempen Hannibal dan Napoleon ketika beliau di Pergunungan Alp lupa bahawa askar-askar ini bergerak di laluan tetap digunakan para pedagang...")
  7. ^ Terragno, Rodolfo (2001). Maitland & San Martín (PDF) (ed. ke-3). Provinsi Buenos Aires: Universidad Nacional de Quilmes. m/s. 232. ISBN 987-9173-35-X. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-08-09. Dicapai pada 2019-06-17. La magnitud de los Andes sólo empezó a apreciarse en Europa después de 1824, cuando el Barón Alexander von Humboldt reveló el aspecto físico de América y se pudo comprender entonces que “el pasaje de los Alpes y el Monte San Bernardo, por Aníbal y Napoleón respectivamente, no es comparable a la empresa (de San Martín)”. El Libertador condujo un ejército de 3000 infantes, 700 hombres montados y 21 cañones a través de los pasajes nevados de los Andes, a alturas que van de 3000 a 5000 metros.
  8. ^ Galasso, Norberto (2007). Seamos libres y lo demás no importa nada: vida de San Martín. Buenos Aires: Ed. Colihue. m/s. 207. Dicapai pada 17 Jun 2016. Penulis memetik perenggan kata-kata Guillermo Furlong dalam buku tersebut - «Fue una hazaña que raya en la esfera de lo impracticable, de lo imposible.» ("Percubaan ini disangka tidak sahaja perkara yang tidak mampu dilakukan, malah mustahil dilakukan") (Furlong, G. Todo es Historia 16, pág. 48) - bersama-sama kajian terhadap surat-surat diutuskan antara San Martín dengan Tomás Guido.
  9. ^ Abad de Santillán 1965, Vol. II, p. 13.
  10. ^ Galasso 2000, m/s. 209–210.
  11. ^ Scheina, Robert L. Latin America's Wars.
  12. ^ Robertson, William Spence. History of Latin-America Nations.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Harvey, Robert. "Liberators: Latin America`s Struggle For Independence, 1810–1830". John Murray, London (2000). ISBN 0-7195-5566-3
  • Rector, John Lawrence (2003). The History of Chile. Greenwood Publishing Group.
  • Robertson, William Spence (1922). History of Latin-American Nations. Texas: D. Appleton and Company.
  • Scheina, Robert L. (2003). Latin America's Wars. Brassey's.
  • Van Dyke, Harry Weston (1912). Through South America. Texas: Thomas Y. Crowell Company.