Pergi ke kandungan

Pencerapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pencerapan atau pemerhatian adalah pemerolehan maklumat secara aktif dari sumber primer. Pada organisma hidup, pemerhatian menggunakan deria. Dalam sains, pemerhatian juga boleh melibatkan persepsi dan rakaman data melalui penggunaan instrumen saintifik. Istilah ini juga boleh merujuk kepada data yang dikumpulkan semasa aktiviti ilmiah. Pemerhatian boleh bersifat kualitatif, iaitu hanya dengan melihat ketidakhadiran atau kehadiran sesuatu pada bahan yang diteliti lalu direkodkan, atau kuantitatif jika nilai nombor terdapat pada fenomena yang diperhatikan dengan cara menghitung atau mengukur.

Dalam penyelidikan, pencerapan dapat dilakukan dengan menggunakan ujian, soal selidik, gambar yang dirakam dan rakaman suara.