Pemilihan Uthman
Penampilan
| |||||||||||
6 orang anggota Majlis Syura, 1 tidak hadir, baki 5 suara diserahkan kepada Abdul Rahman bin Auf | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||
|
Uthman bin Affan, khalifah ketiga, dipilih dalam satu mesyuarat majlis (syuara) di Madinah, pada 23 H (644).[1]
Mesyuarat ini diadakan apabila khalifah al-Rasyidin kedua, Umar Al-Khattab ditikam oleh seorang hamba Parsi berang bernama Feroz. Sedar akan kacau-bilau yang terjadi selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. (lihat pewaris kepada Nabi Muhammad), Umar di atas ranjang maut melantik satu jawatankuasa enam orang untuk memilih pemimpin umat Islam yang baharu. Mereka adalah:
- Abdul Rahman bin Auf
- Sa'ad ibn Abi Waqqas
- Uthman bin Affan
- Ali bin Abi Talib
- Zubair ibn Awwam
- Talhah ibn Ubaidillah