Pergi ke kandungan

Pemerintahan sementara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kerajaan atau pemerintah sementara[nota bahasa 1] merupakan suatu kerajaan yang memerintah buat sementara waktu.

Kerajaan sementara boleh dilakukan apabila sesebuah kerajaan dalam sistem parlimen dikalahkan dalam undi tidak percaya, atau dalam kes di mana sesebuah kerajaan dibubuarkan dan digantikan dengan kerajaan sementara sehingga pilihan raya diadakan dan kerajaan baharu dipilih. Di beberapa negara yang menggunakan sistem pemerintahan Westminster, kerajaan sementara adalah kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk meneruskan operasi atau perkhidmatan dalam tempoh interim semasa pembubaran parlimen untuk tujuan mengadakan pilihan raya dan pembentukan kerajaan baru selepas keputusan pilihan raya diketahui. Dalam sistem kerajaan campuran, kerajaan sementara boleh dibentuk buat sementara waktu sehingga rundingan membentuk kerajaan pemerintah dapat diputuskan. Ia sering berlaku apabila keputusan pilihan raya tidak memberi majoriti kepada mana-mana parti. Kerajaan sementara akan bertanggungjawab dalam menguruskan isu harian dan menyediakan peruntukan untuk perbincangan, tetapi tidak dibenarkan memperkenalkan barisan kerajaan atau memperkenalkan undang-undang kontoversi.

Kerajaan sementara juga sering ditubuhkan berikutan peperangan. Ia akan terus beroperasi sehingga pemerintahan demokratik yang stabil dapat dipulihkan, atau dibina.

  1. ^ Istilah "pemerintah" lazim dipakai dalam negara-negara Nusantara bersistem republik yang dipimpin sebuah presiden, misalnya Singapura dan Indonesia. Istilah "kerajaan" pula lazim dipakai dalam negara-negara Nusantara bersistem pimpinan sebuah raja seperti Malaysia, Brunei dan Thailand.