Pemendapan wap fizikal
Penampilan
Pemendapan wap fizikal (PVD) adalah teknik yang digunakan untuk memendapkan lapisan filem nipis atom atau molekul ke atas pelbagai permukaan (seperti wafer semikonduktor).
PVD digunakan dalam pembuatan barangan termasuklah peranti semikonduktor, milar beraluminium untuk belon dan beg snek, dan juga alat pemotong bersalut untuk kerja-kerja logam. Pengeluar utama peralatan PVD termasuklah Applied Materials (bahagian pasaran ~78.1% pada 2004), Novellus (bahagian pasaran ~6.2% pada 2004) dan Unaxis (bahagian pasaran ~4.8% pada 2004). Pengguna utama peralatan PVD termasuklah Intel, Samsung dan Taiwan Semiconductor.
Jenis-jenis PVD ialah:
- Electron beam physical vapor deposition (pemendapan wap fizikal alur elektron)
- Evaporative deposition (pemendapan sejatan)
- Pulsed laser deposition (pemendapan laser berdenyut)
- Sputter deposition (percikan)
Sila rujuk pemendapan filem nipis untuk perbincangan lebih am tentang teknik pengeluaran ini.