Pemecah ais
Pemecah ais adalah alat yang digunakan untuk memecah, mengambil, dan menghancurkan ais. Dalam bentuknya menyerupai penggarit logam untu kayu. Sebelum peti sejuk moden ada, pemecah ais meruapakan alat rumah tangga yang penting dan terdapat di mana-mana; digunakan untuk memisahkan dan membentuk bongkah ais yang digunakan dalam kotak ais. Peranan mereka sebagai barang rumah tangga merosot dengan teruk pada akhir 1920-an dan awal 1930-an.[1]
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Kerana kemampuannya dapat menusuk kulit dengan mudah, pemecah ais kadang-kadang digunakan sebagai senjata. Kumpulan jenayah terancang di New York yang dikenali sebagai Murder Incorporated telah menggunakan alat pemecah ais sebagai senjata pada tahun 1930-an dan 1940-an.[2][3] Pembunuh yang paling ditakuti pada zamannya ialah Abe Reles, menggunakan pemecah ais sebagai senjata pilihannya, biasanya menikam mangsa di telinga.[4][5]
Menurut polis New York City, pemecah ais masih digunakan hingga kini sebagai senjata jalanan.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Ruderman, Wendy (2012-08-31). "Ice Picks Are Still Used as Weapons". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2019-02-06.
- ^ Elmaleh, Edmund (2009). The Canary Sang But Couldn't Fly: The Fatal Fall of Abe Reles, the Mobster Who Shattered Murder, Inc.'s Code of Silence (dalam bahasa Inggeris). New York, London: Sterling Publishing Company, Inc. m/s. 34. ISBN 9781402761133.
- ^ Hanna, David (1974). Icepicks & Coffins: The Killers of Murder, Inc. Leisure Books.
- ^ Green, David B. (2014-11-12). "This Day in Jewish History / Repentant Killer Canary Dies From Hotel Window Fall". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-06.
- ^ Krajicek, David J. (25 March 2008). "Justice Story: Canary who could not fly". New York Daily News. Dicapai pada 6 February 2019.