Pembinasa kelas Spruance
USS Fife (DD-991) pada Jun 2002, dengan sel VLS.
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | kelas-Spruance |
Pembina: | Ingalls Shipbuilding, Pascagoula, Mississippi |
Pengguna: | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Didahului oleh: | kelas Charles F. Adams |
Diganti oleh: | kelas Arleigh Burke |
Sub-kelas: | kelas Kidd |
Dibina: | 1972–1983 |
Ditauliahkan: | 1975–2005 |
Disiapkan: | 31 |
Aktif: | 1 (Paul F. Foster) sebagai SDTS |
Dibersarakan: | 30 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Pembinasa |
Sesaran: | 8,040 tan panjang (muatan penuh) |
Panjang: | 529 kaki (161 m) garis air; 563 kaki (172 m) keseluruhan |
Lunas: | 55 kaki (16.8 m) |
Draft: | 29 kaki (8.8 m) |
Jana kuasa: | 4 × turbin gas General Electric LM2500, 2 x aci, 80,000 shp (60 MW) |
Halaju: | 32.5 knot (60.2 km/j; 37.4 mph) |
Jarak: |
|
Anak kapal: | 19 pegawai, 315 kelasi |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 2 x helikopter Sikorsky SH-60 Seahawk LAMPS III. |
Kemudahan penerbangan: | Dek penerbangan dan sebuah hangar tertutup untuk dua buah helikopter sederhana |
Pembinasa kelas-Spruance merupakan sebuah kelas kapal pembinasa yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat untuk mengantikan sejumlah besar kapal pembinasa kelas-Allen M. Sumner dan pembinasa kelas-Gearing yang dibina semasa Perang Dunia II sebagai kapal pembinasa utama yang dibina untuk kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan 1980an.
Ia mula ditauliahkan pada tahun 1975, dengan janakuasa turbin gas, sebuah dek penerbangan helikopter dan hangar untuk sehingga dua buah helikopter sederhana, sistem senjata digital sepenuhnya dan meriam automatik 127 mm (5-inch). Kapal dari kelas ini digunakan selama tiga dekad, kelas Spruance asalnya direka bertujuan untuk mengiringi sebuah kumpulan kapal pengangkut dengan misi utama dalam anti peperangan kapal selam. Pada tahun 1990an, 24 buah kapal dari kelas ini telah ditingkat upaya dengan Sistem Pelancaran Menegak Mark 41 (VLS) untuk menempatkan peluru berpandu permukaan ke permukaan Tomahawk. Di sebalik usaha untuk memanjangkan hayat kelas ini, pihak tentera laut mempercepatkan pembersaraannya. Kapal terakhir dari kelas ini telah dibersarakan pada tahun 2005, dengan kebanyakannya diceraikan, atau dimusnahkan sebagai sebuah sasaran.[1]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Permandangan kapal Fife
-
Ingersoll dengan pelancar ASROC di bahagian haluan, sepertimana kapal-kapal lain semasa dibina. Imej juga menunjukan tiang hitam serta tiadanya sistem senjata Phalanx CIWS
-
Deyo
-
Deyo dengan sistem VLS
-
Kelas-Kidd dibandingkan dengan kelas-Spruance
-
Kelas-Ticonderoga berbanding kelas-Spruance
-
Arthur W. Radford dengan tiang ujian
-
Cushing dengan VLS di haluan dan pelancar RAM di buritan
-
Hayler, pembinasa Spruance terakhir yang dibina, ditenggelamkan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Military Officer Greyhounds of the Sea By Gina DiNicolo Diarkibkan 20 September 2010 di Wayback Machine
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pembinasa kelas Spruance |