Pergi ke kandungan

Pembiakan aseks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pembiakan aseks dalam lumut hati: filoid bercambah.

Pembiakan aseks (juga digelarkan agamogenesis) merupakan sejenis pembiakan yang tidak melibatkan meiosis, pembentukan gamet, atau pensenyawaan. Dalam istilah orang biasa, terdapatnya hanya satu "induk" yang terlibat. Jenis pembiakan ini adalah biasa di kalangan organisma-organisma yang mudah seperti ameba dan organisma-organism sel tunggal, walapun kebanyakan tumbuhan juga membiak secara aseks (sila lihat pembiakan tampang).

Oleh sebab itu tidak memerlukan penyertaan jantan dan betina, pembiakan aseks berlaku dengan lebih cepat berbanding pembiakan seks dan memerlukan tenaga yang tidak begitu banyak. Tambahan pula, pembiakan aseks menghasilkan replika induk yang tepat kerana tiadanya penggabungan semula genetik. Dari sudut pandangan evolusi, seseorang boleh mengatakan bahawa pembiakan aseks adalah lebih rendah kerana ia menyekat potensi untuk perubahan. Bagaimanapun, kemungkinan untuk mutasi ataupun kerumitan lain yang boleh disebabkan oleh pencampuran gen nyata sekali dikurangkan.

Banyak, walaupun bukan semua, organisma sel tunggal membiak aseks melalui belahan dedua. beberapa organisma sel tunggal bergantung kepada satu atau lebih organisma perumah untuk membiak, tetapi betul-betul membahagikan menjadi dua organisma. Siliat yang membiak melalui kedua-dua cara seks dan aseks merupakan kekecualian. Kesemua prokariot (kebanyakannya merupakan organisma sel tunggal) membiak secara aseks.

Terdapatnya tiga jenis pembiakan aseks yang digunakan oleh tumbuhan: penjanaan semula, pembiakan tampang, dan pembentukan spora. Pembentukan spora menghasilkan sel pembiakan (spora) yang mengandungi DNA dan yang berkembang menjadi organisma baru selepas penyebaran. Kaedah pembiakan ini dapat dijumpai di pakis, dan melibatkan sporogenesis tanpa meiosis. Oleh sebab itu, bilangan kromosom dalam sel spora adalah sama sahaja dengan induk yang menghasilkan spora itu.

Contoh pembiakan aseks dalam organisma bertahap tinggi

[sunting | sunting sumber]

Lebah Apis mellifera capensis kekadang membiak asek melalui proses yang digelarkan thelytoky.

Kembar seiras merupakan sejenis pembiakan aseks dalam manusia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]