Pergi ke kandungan

BVRAAM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Peluru berpandu melangkaui julat penglihatan (BVRAAM) merujuk pada sejenis peluru berpandu udara ke udara yang mampu menembak pada jarak 20 nmi (37 km) atau lebih. Jarak ini boleh dicapai dengan menggunakan motor roket denyut duaan atau motor roket pelonjak dan motor penopang ramjet.

Selain keupayaan jarak, peluru berpandu ini juga mesti boleh menjejak sasarannya pada jarak ini atau menjejak sasaran semasa dalam penerbangan. Sistem di mana pembetulan semasa penerbangan dihantar kepada peluru berpandu akan digunakan.

Keberkesanan peluru berpandu udara ke udara BVR banyak dikritik. Peningkatan kadar kejayaan dalam pertempuran menggunakan BVR dalam Operasi Desert Storm mungkin banyak bergantung pada faktor-faktor lain seperti bantuan AWACS, sistem NCTR pada F-15C, selain ketidakcekapan pihak musuh. Satu isu utama pada BVR adalah teknologi IFF (Identification friend or foe) yang tidak boleh diharap.[1][2]

Pada tahun 2015, Komander Pasukan Udara Tentera Laut Amerika Syarikat Vice Adm. Mike Shoemaker memetik penderia lakuran dalam pesawat pejuang generasi kelima Lockheed Martin F-35 Lightning II adalah satu cara untuk "membawa keupayaan ID jarak jauh dan kemudian berkongsi maklumat tersebut" dengan platform-platform lain.Templat:Vague[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Peluru berpandu melangkaui ufuk penglihatan
  1. ^ Higby, Patrick (30 March 2005). "Promise and Reality: Beyond Visual Range (BVR) Air-To-Air Combat" (PDF). Maxwell AFB: Air War College. Dicapai pada 7 September 2015.
  2. ^ Sprey, Pierre (2011). "Evaluating Weapons: Sorting the Good from the Bad". Dalam Wheeler, Winslow (penyunting). The Pentagon Labyrinth. Center for Defense Information. m/s. 105, 106. ISBN 978-0-615-44624-0. Dicapai pada 7 September 2015.
  3. ^ Fuentes, Gidget (9 June 2015). "Navy Air Boss: F-35C Advanced Sensors, Situational Awareness a 'Game-Changer'". news.usni.org. USNI. Dicapai pada 9 June 2015.
  4. ^ Mizokami, Kyle (2016-01-28). "Revealed: Japan's New Fighter Prototype". Popular Mechanics (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-29.