Pergi ke kandungan

Vympel R-27

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada AA-10)
Vympel R-27
Pesawat MiG-29 dari Tentera Udara Jerman melancarkan peluru berpandu AA-10 Alamo semasa menjalani misi latihan menembak dengan menggunakan senjata sebenar.
Penerangan
Jenis Peluru berpandu udara ke udara taktikal jarak sederhana
Pengeluar Vympel
Mula digunakan 1983
Pengguna  Rusia  Ukraine  Republik Rakyat China
Ciri-ciri umum
Panjang 4.08 m
Diameter 230 mm
Rentang sayap 0.772 m
Berat peluru berpandu 253 kg
Berat kepala peledak 39 kg, serpihan atau rod bersambung
Enjin Prestasi tinggi, roket dipandu motor
Kelajuan Mac 4
Jarak 0.2 - 80 km
Panduan Panduan tuju radar separuh aktif
Fius Berdekatan radar dan hentaman
Platfom pelancaran Su-27, MiG-29, Mig-23, Yak-141
R-27 T

Vympel R-27 (Nama pengenalan NATO AA-10 Alamo, Cyrillic P-27) adalah peluru berpandu udara ke udara taktikal jarak sederhana yang dibangunkan oleh Kesatuan Soviet. Ia masih lagi berkhidmat dengan negara CIS dan Tentera Udara Rusia.

R-27 dikeluarkan dalam kedua-dua versi iaitu panduan tuju inframerah (R-27T) dan panduan tuju radar separuh aktif (R-27R), ia adalah lebih kurang sama jika dibandingkan dengan peluru berpandu MBDA MICA dari Perancis. Peluru berpandu ini mempersenjatai pesawat Mikoyan MiG-29 dan Sukhoi Su-27, dan beberapa model terdahulu seperti pesawat MiG-23MLD yang juga boleh membawa peluru berpandu ini. Peluru berpandu ini juga dikeluarkan dengan kebenaran berlesen oleh China, lesen pengeluaran diperoleh daripada Ukraine dan bukannya daripada Rusia. Pengeluaran berlesen oleh China tidak termasuk versi panduan tuju radar aktif, dan China telah membangunkan versi mereka sendiri dengan menggabungkan penjejak radar aktif dari peluru berpandu Vympel R-77 yang dibekalkan oleh Rusia kepada peluru berpandu R-27.

  • R-27R AA-10 Alamo-A Panduan tuju radar separuh-aktif. Jarak sehingga 80 km dalam keadaan optimum [1]
  • R-27T AA-10 Alamo-B Panduan tuju inframerah, panduan tuju pasif menggunakan kepala penjejak Avtomatika 9B-1032 (PRGS-27), seberat 248 kg. Jarak di antara 3 km sehingga 70 km.
  • R-27ER AA-10 Alamo-C Versi Panduan tuju radar separuh-aktif dengan penambahan jarak - 0.7 m lebih panjang dan sedikit lebar. Jarak 130 km. Mula digunakan pada tahun 1990.
  • R-27ET AA-10 Alamo-D Versi Panduan tuju Inframerah dengan penambahan jarak - 0.7 m lebih panjang dan sedikit lebar dengan menggunakan kepala pejejak Avtomatika 9B-1032 (PRGS-27). Jarak 120 km. Berat 348 kg. Mula digunakan pada tahun 1990.
  • R-27AE AA-10 Alamo-E Versi panduan tuju radar aktif. Jarak di antara 1 km hingga 130 km. Berat 349 kg.
  • R-27EM Versi tentera laut. Panduan tuju radar separuh-aktif dengan kepala penjejak yang dipertingkatkan, membolehkan ia menyerang sasaran terbang pada ketinggian 3 m dari paras laut.
  • R-27P Anti-radiasi pasif.

Peluru berpandu setanding

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Katalog senjata Rusia 2004

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]