Pelarangan arak di Amerika Syarikat
Suatu perintah yang melarang penjualan, pembuatan, pengimportan, dan pengangkutan arak di Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: Prohibition "Pelarangan", juga diberi jolokan The Noble Experiment - "eksperimen mulia") dilaksanakan secara meluas oleh pemerintah persekutuan negara tersebut dari tahun 1920 hingga 1933. Tindakan ini merupakan hasil daripada penekanan dan penggiatan kuat oleh terhadap suatu gerakan kesederhanaan yang diketuai penganut Protestan desa dalam kedua-dua parti Demokrat dan Republikan disegerakkan oleh Liga Antibar (Anti-Saloon League). Senat Amerika Syarikat merumuskan Pemindaan Ke-18 pada 18 Disember 1917. Pemindaan ini diratifikasi pada 16 Januari 1919 setelah mendapat persetujuan 36 negeri persekutuan dan diberlakukan pada 16 Januari 1920; namun sejumlah badan legislatif negeri-negeri dalam kesatuan telah memberlakukan pelarangan ini secara peringkat setempat sebelum ratifikasi ini berlaku.
Meskipun undang-undang tersebut melarang penjualan alkohol, pemerintah persekutuan kurang bertindak dalam penegakan undang-undang ini. Pada 1925, terdapat 30,000 hingga 100,000 buah kelab speakeasy yang dicatatkan di Bandar Raya New York saja.[1] Pelarangan ini malah mengacaukan masyarakat dengan cara lain, mendorong perkembangan kegiatan jenayah bawah tanah yang bermaharajalela dengan meluasnya.[2] Perintah ini semakin dibenci selama berlanjutan Zaman Kemelesetan oleh penduduk di kota-kota besar, malah ia mengurangkan sumber pendapatan cukai untuk pemerintah sebagai mahsul atau sokongan kewangan negara.
Pada 22 Mac 1933, Presiden Franklin Roosevelt mengesahkan suatu pemindaan terhadap Undang-Undang Volstead bernama Undang-Undang Cullen-Harrison yang mengizinkan pembuatan dan penjualan beberapa jenis minuman beralkohol. Pelarangan secara total dihentikan oleh Pindaan Ke-21 kepada Perlembagaan Amerika Syarikat, yang membalikkan pindaan pemboleh, Pindaan Ke-18, pada 5 Disember 1933. Walau bagaimanapun, undang-undang pemindah baharu oleh pemerintah persekutuan masih melarang pembuatan arak sulingan tanpa memenuhi beberapa syarat lisensi lalu penghasilan arak untuk penggunaan persendirian tidak begitu menyenangkan lagi.[3]
Pihak pendorong
[sunting | sunting sumber]Gerakan kesederhanaan (temperance movement) mula muncul sejak abad ke-18 di mana pihak yang terlibat dalam pergerakan ini menumpukan kepada pengehadan atau pengharaman pengambilan minuman beralkohol sebagai suatu keperluan mustahak - perkara ini paling diutamakan semasa zaman Revolusi Perindustrian di mana pekerja dikehendaki dalam keadaan sentiasa terjaga dan sedar akan persekitaran sekeliling untuk mengendalikan jentera berat dan boleh membahayakan jika tidak berhati-hati, aspek ini dipersetujui beberapa orang seperti Henry Ford dan S. S. Kresge. Benjamin Rush dalam pemerhatiannya sebagai seorang doktor melihat bahawa ketagihan kepada alkohol boleh membawa kepada penyakit yang menghilang keyakinan diri pesakit;[4]:109 dia sendiri menggesa ketua-ketua gereja setempat agar memujuk masyarakat ke arah penghindaran meminum arak.[5]:23 Malah, terdapat juga persatuan yang ditubuhkan bagi mengalakkan pengurangan kebergantungan kepada minuman keras ini dari di Connecticut (1789), Virginia (1800) dan New York (1808).[6]
Pergerakan ini semakin giat dengan tumpuan penuh para penggalak moral masyarakat (social moralism) pada tahun 1890-an.
Pemindaan ke-18 Perlembagaan
[sunting | sunting sumber]Pada 18 November 1918, Kongres Amerika Syarikat meluluskan suatu "Akta Pelarangan Zaman Perang" (Wartime Prohibition Act) yang mengharamkan penjualan minuman keras dengan kandungan alkohol melebihi 1.28%[7] - ia merupakan tindakan lambat yang bertujuan menjimatkan bekalan bijiran senegara untuk para askar yang bertempur dalam Perang Dunia Pertama, namun suatu gencatan senjata yang ditandatangani pada 11 November 1918 lalu menamatkan perang ini. Akta tersebut berkuatkuasa pada 30 Jun 1919 dan dirasmikan pada 1 Julai 1919 (sehingga diberikan jolokan "Thirsty-First")[8][9]
Senat Amerika Syarikat merumuskan Pemindaan Ke-18 dalam Perlembagaan mereka pada 18 Disember 1917. Pemindaan ini diratifikasi pada 16 Januari 1919 setelah mendapat persetujuan daripada sebanyak 36 negeri persekutuan, pemindaan tersebut diratifikasikan pada 16 Januari 1919 sebelum diberlakukan setahun kemudian pada 17 Januari[10][11] dengan penguatkuasaan Akta Volstead.[12]
Pelaksanaan
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Keadaan semasa
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Pembalikan pemindaan
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ "Teaching With Documents: The Volstead Act and Related Prohibition Documents". United States National Archives. 2008-02-14. Dicapai pada 2009-03-24.
- ^ Von Drehle, David (24 May 2010). "The Demon Drink". New York, New York: Time. m/s. 56. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-21.
- ^ "TTBGov General Alcohol FAQs". United States Alcohol and Tobacco Tax and Trade Bureau. 2006-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-04. Dicapai pada 2010-11-07. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Chavigny, Katherine A. (2004). "Reforming Drunkards in Nineteenth-Century America: Religion, Medicine, Therapy". Dalam Tracy, Sarah W.; Acker, Caroline Jean (penyunting). Altering American Consciousness: The History of Alcohol and Drug Use in the United States, 1800–2000. Amherst, MA: University of Massachusetts Press. ISBN 978-1-55849-425-1.
- ^ Clark, Norman H. (1976). Deliver Us From Evil: An Interpretation of American Prohibition. New York: W.W. Norton & Company. ISBN 978-0393091700.
- ^ Blocker. American Temperance Movements: Cycles of Reform. m/s. 16.
- ^ William D. Miller (2017). Pretty Bubbles in the Air: America in 1919. University of Illinois Press. m/s. 151. ISBN 978-0-252-01823-7.
- ^ Burlington Historical Society 2010 March newsletter Diarkibkan Januari 17, 2011, di Wayback Machine
- ^ F. Scott Fitzgerald (1920). This Side of Paradise. Charles Scribner's Sons. m/s. 223. ("The advent of prohibition with the 'thirsty-first' put a sudden stop to[...]" [referring to July 1919]); and F. Scott Fitzgerald (2008). The Beautiful and the Damned. Cambridge University Press. m/s. 407, note 321.2. ISBN 9780521883665. ("[W]hen prohibition came in July [...]").
- ^ "History of Alcohol Prohibition". National Commission on Marijuana and Drug Abuse. Dicapai pada 7 November 2013.
- ^ Dwight Vick (2010). Drugs and Alcohol in the 21st Century: Theory, Behavior, and Policy. Jones & Bartlett Learning. m/s. 128. ISBN 978-0-7637-7488-2. Dicapai pada 18 Januari 2011.
- ^ George, Robert. "Common Interpretation: The Eighteenth Amendment". constitutioncenter.org. Dicapai pada 9 Januari 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Bahan pustaka
[sunting | sunting sumber]- Behr, Edward. (1996). Prohibition: Thirteen Years That Changed America. New York: Arcade Publishing. ISBN 1-55970-356-3.
- Burns, Eric. (2003). The Spirits of America: A Social History of Alcohol. Philadelphia: Temple University Press. ISBN 1-59213-214-6.
- Clark, Norman H. (1976). Deliver Us from Evil: An Interpretation of American Prohibition. New York: Norton. ISBN 0-393-05584-1.
- Kahn, Gordon, and Al Hirschfeld. (1932, rev. 2003). The Speakeasies of 1932. New York: Glenn Young Books. ISBN 1-55783-518-7.
- Kobler, John. (1973). Ardent Spirits: The Rise and Fall of Prohibition. New York: G.P. Putnam's Sons. ISBN 0-399-11209-X.
- Lerner, Michael A. (2007). Dry Manhattan: Prohibition in New York City. Cambridge, MA: Harvard University Press. ISBN 0-674-02432-X.
- Murdoch, Catherine Gilbert. (1998). Domesticating Drink: Women, Men, and Alcohol in America, 1870-1940. Baltimore: Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-5940-9.
- Okrent, Daniel. (2010). Last Call: The Rise and Fall of Prohibition. New York: Scribner. ISBN 0-7432-7702-3.
- Peck, Garrett. (2009). The Prohibition Hangover: Alcohol in America from Demon Rum to Cult Cabernet. Piscataway, NJ: Rutgers University Press. ISBN 0-8135-4592-7.
- Pegram, Thomas R. (1998). Battling Demon Rum: The Struggle for a Dry America, 1800-1933. Chicago: Ivan R. Dee. ISBN 1-56663-208-0.
- Waters, Harold. (1971). Smugglers of Spirits: Prohibition and the Coast Guard Patrol. New York: Hastings House. ISBN 0-8038-6705-0.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Alcohol prohibition Diarkibkan 2012-08-29 di Wayback Machine (ensiklopedia sejarah ekonomi EH.Net)
- The Effect of Alcohol Prohibition on Alcohol Consumption (PDF) Diarkibkan 2011-09-16 di Wayback Machine
- Hypertext History — U.S. Prohibition Diarkibkan 2006-09-06 di Wayback Machine
- Prohibition news page — Alcohol and Drugs History Society
- About.com: Prohibition (in the U.S.)
- Did Prohibition Reduce Alcohol Consumption and Crime?
- Report on the Enforcement of the Prohibition Laws of the United States by the National Commission on Law Observance and Enforcement (Wickersham Commission Report on Alcohol Prohibition)
- Senate Judiciary Committee Hearings on Alcohol Prohibition — 1926
- Policy Analysis — Alcohol Prohibition Was A Failure
- Prohibition in Appalachia: "Little Chicago" The Story of Johnson City,Tennessee
- Free from the Nightmare of Prohibition (oleh Harry Browne)
- Historic Images of US Prohibition
- Prohibition: How Dry We Ain't Diarkibkan 2010-11-12 di Wayback Machine - presentasi oleh Life magazine