Tanjung Dawai
Penampilan
(Dilencongkan daripada Pekan Tanjung Dawai)
Tanjung Dawai مقيم بڬان | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Kuala Muda |
Keluasan | N/A |
Tanjung Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani berada di Kawasan Parlimen Merbok iaitu bagi Daerah Kuala Muda di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut. Antara kawasan yang terdapat di Tanjung Dawai ialah Kampung Bagan Belat, Kampung Sungai Pial, Bagan Asam, Kampung Nelayan, Telok Bala, Kampung Segantang Garam dan lain-lain lagi.
Kegiatan ekonomi
[sunting | sunting sumber]Penduduk Tanjung Dawai kebanyakanya merupakan nelayan dan petani, ni adalah kerana kedudukan Tanjung Dawai itu sendiri yang terletak di muara sungai.
Wakil rakyat
[sunting | sunting sumber]Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2004 seperti berikut;
- Kawasan Dewan Undangan Negeri N26 Tanjung Dawai (27,600)
- Bilangan pengundi Melayu : 78.36% Cina : 14.74% India: 6% Lain: 0.9%
- Datuk Arzmi Hamid Barisan Nasional - UMNO ) - Muka baru
- Dr Hamdan Mohd Khalib (PAS) - Muka baru
- Dalam keputusan pilihan raya 1999, dimenangi oleh : Rosnah Abdul Majid (Barisan Nasional) dengan majoriti 1,881
- Datuk Arzmi Hamid (Barisan Nasional - UMNO) Jumlah Undi:13,111. Beliau telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004
- Dr Hamdan Mohd Khalib (PAS) Jumlah undi yang diperolehi oleh PAS ialah : 7,960
- Majoriti-diperolehi : 5,151, Jumlah undi: 21,714, Undi rosak: 643, % mengundi: 78.67
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Bot Pukat Bilis
-
Masjid Tanjung Dawai