Peginterferon alfa-2b
Data klinikal | |
---|---|
Nama dagang | PegIntron, Sylatron, ViraferonPeg, dan lain-lain |
AHFS/Drugs.com | Professional Drug Facts |
MedlinePlus | a605030 |
Data lesen | |
Kategori kehamilan |
|
Kaedah pemberian | subQ |
Kelas ubat | Interferon alfa[1] |
Data farmakokinetik | |
Penyingkiran separuh hayat | 22–60 jam |
Pengecam | |
| |
ECHA InfoCard | 100.208.164 |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C860H1353N229O255S9 |
Jisim molar | 19,269.17 g·mol−1 |
![]() ![]() |
Interferon alfa-2b terpegil, antaranya dijual di bawah nama dagang PegIntron, merupakan ubat yang digunakan untuk merawat hepatitis C dan melanoma.[1] Untuk hepatitis C ia biasanya digunakan berserta ribavirin dan kadar penyembuhan adalah di antara 33 hingga 82%.[1][2] Untuk melanoma ia digunakan sebagai rawatan tambahan kepada pembedahan.[1] Ubat ini diberikan melalui suntikan di bawah kulit.[1]
Kesan sampingan merupakan perkara biasa,[3] yang antaranya mungkin termasuk sakit kepala, rasa letih, perubahan pada emosi, masalah tidur, keguguran rambut, loya, sakit di tempat suntikan dan demam.[1] Antara kesan-kesan sampingan yang teruk mungkin termasuk psikosis, masalah hati, pembekuan darah, jangkitan, atau degupan jantung yang tidak teratur.[1] Penggunaan bersama ribavirin tidak digalakkan semasa mengandung.[1] Interferon alfa-2b terpegil adalah di bawah keluarga ubat interferon alfa.[1] Ia terpegil untuk melindungi molekul daripada penguraian.[3]
Interferon alfa-2b terpegil ini telah lulus untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 2001.[1] Ia berada di dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[4] Kos borong di negara membangun adalah antara 500 dan 4,800 dolar AS untuk kegunaan 12 minggu.[5] Di Amerika Syarikat kegunaan dalam jangka masa tersebut memerlukan kos kira-kira 8,400 USD,[3] manakala di United Kingdom kos tampungan dari NHS kira-kira 1595 paun.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j "Peginterferon Alfa-2b (Professional Patient Advice) - Drugs.com". www.drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2017. Dicapai pada 12 January 2017.
- ^ "ViraferonPeg Pen 50, 80, 100, 120 or 150 micrograms powder and solvent for solution for injection in pre-filled pen CLEAR CLICK - Summary of Product Characteristics (SPC) - (eMC)". www.medicines.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2017. Dicapai pada 12 January 2017.
- ^ a b c "Peginterferon alfa-2b (PegIntron) - Treatment - Hepatitis C Online". www.hepatitisc.uw.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2016. Dicapai pada 12 January 2017.
- ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
- ^ "Inclusion of the injectable formulation of peginterferon alfa-2a and -2b is proposed for the treatment of hepatitis C among adults" (PDF). who.int. m/s. 11. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 January 2017. Dicapai pada 12 January 2017.
- ^ British national formulary : BNF 69 (ed. 69). British Medical Association. 2015. m/s. 639. ISBN 9780857111562.
- Template:drugs.com link with non-standard subpage
- ECHA InfoCard ID from Wikidata
- Infobox rencana dadah tanpa gambar struktur
- Chemical articles without CAS registry number
- Articles without EBI source
- Chemical pages without ChemSpiderID
- Chemical pages without DrugBank identifier
- Articles without KEGG source
- Articles without InChI source
- Articles without UNII source
- Dadah yang tidak mempunyai kod ATC
- Dadah tanpa status perundangan
- Drug has EMA link
- Drugboxes which contain changes to verified fields