Pecah panggung
Sesuatu karya hiburan seperti filem cetera yang "pecah panggung" (bahasa Inggeris: blockbuster ) menjadi sangat masyhur sambil mengutip keuntungan tinggi melebihi perbelanjaan menerbit serta memasarkan filem ini; keadaan ini adakala boleh menjadi filem "pecah panggung" ini sumber pendapatan utama studio filem yang menghasilkan ia berbanding filem atau karya lain pada waktu sama.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Fenomena ini mula digambarkan dalam media Amerika Syarikat pada awal 1940-an[1] dengan istilah blockbuster, perkataan tersebut pada awalnya merujuk kepada suatu bom direka khas pada Perang Dunia Kedua berkemampuan memusnahkan (bust) suatu kawasan jalanan atau bangunan (block).[2] Kemusnahan yang diketahui dalam kempen-kempen perang Pihak Berikat menjadikan bom ini disinonimkan dengan perkara yang mengejutkan.[3] Istilah ini pertama kali digunakan dalam iklan-iklan majalah hiburan untuk filem perang RKO berjudul Bombardier yang tayang Mei 1943, filem Mission to Moscow. turut digambarkan sebegini pada waktu sama oleh majalah Time.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Google Ngram Viewer". books.google.com. Dicapai pada 2018-01-09.
- ^ "blockbuster | Definition of blockbuster in English by Oxford Dictionaries". Oxford Dictionaries | English. Dicapai pada 2018-01-09.
- ^ a b Waxman, Olivia B. (7 Februari 2020). "Why Hit Movies Are Called Blockbusters". Time. Dicapai pada 19 Oktober 2020.