Pawang Kadir (Abdul Kadir bin Awang)
![]() | Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Pawang Kadir atau nama sebenarnya Abdul Kadir bin Awang merupakan seorang tokoh terkenal di daerah Temerloh sekitar tahun 1960-an. Beliau merupakan seorang Pawang diraja negeri Pahang pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah (22 Jun 1932 - 5 Mei 1974)
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pawang Kadir dilahirkan di Kampung Guai, Temerloh (kini Bera) Pahang pada tahun 1907. Ayahnya bernama Haji Awang bin Imam Kassim dan ibunya bernama Fatimah binti Haji Pin.[perlu rujukan]
Beliau meninggal dunia pada tahun 1987 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Guai.
Sumbangan
[sunting | sunting sumber]Pawang Kadir, selain seorang Pawang, beliau juga merupakan penghulu pertama Kampung Seberang Guai. Kampung tersebut dibuka oleh sebahagian orang-orang dari Kampung Guai untuk mendapatkan kemudahan asas yang lebih baik di seberang kerana di situ lebih dekat dengan pekan Triang (Bera) dan Durian Tawar.[perlu rujukan]
Sepanjang hidupnya, Pawang Kadir terkenal dengan kisah-kisah beliau dengan buaya di Sungai Pahang, Sungai Bera, Sungai Triang, Tasik Chini dan sebagainya.