Pergi ke kandungan

Paus Pius VII

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paus Pius VII.

Paus Pius VII, terlahir dengan nama Giorgio Barnaba Luigi Chiaramonti (Cesena, 14 Agustus 1740 - Rom, 20 Agustus 1823) memegang jawatan Paus pemimpin gereja Katolik Rom antara tahun 1800-1823.

Lahir dalam sebuah keluarga bangsawan Italia, Pius VII menjadi biarawan San Callisto di Rom pada tahun 1776 dan selepas diangkap menjadi biskop/kebiskopan, dia naik lagi menjadi seorang kardinal pada Februari 1785.


Selepas kematian Pius VI pada Agustus 1799, konklaf Kepausan bertemu di Venesia pada 30 November. Selepas tidak berjaya mencapai kesepakatan selama beberapa bulan, Chiaramonti terpilih. Ia dilantik sebagai Pius VII pada 21 Maret 1800 dalam sebuah upacara pelantikan Paus yang tidak begitu lazim, kerana ia mengenakan mahkota Kepausan papier-mâché.

Sebagai Paus yang baru, tumpuan terpentingnya ialah terhadap pihak Prancis. Rejim revolusi Napoleon I menyebabkan disetujuinya Persetujuan 1801 (Concordat of 1801), yang menetapkan ulang sistem hubungan antara gereja Prancis dan Rom.


Sang Paus kehilangan banyak tanah-tanah milik gereja di Jerman di mana selepas Persetujuan Lunéville (1801), beberapa putera Jerman merampas tanah-tanah gereja untuk menggantikan tanah-tanah yang mereka hilangi. Apapun harapan yang dimiliki Pius terhadap Napoleon, Negara Gereja akhirnya diambil alih Prancis pada sekitar tahun 1808, dan semasa Napoleon akhirnya terbebas dari peraturan-peraturan gereja (ekskomunikasi), dia menahan Pius. Pius kembali ke Rom pada tahun 1814. Dalam Kongres Wina (1814-15), hampir seluruh Negara Gereja berjaya dikembalikan.

Monumennya (1831) di Basilika St. Petrus, Rom, diukir oleh pemahat Denmark yang beragama Protestan, Bertel Thorvaldsen.Templat:Paus