Pergi ke kandungan

Pari karang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pari karang
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Chondrichthyes
Superorder: Batoidea
Order: Myliobatiformes
Keluarga: Dasyatidae
Genus: Taeniura
Spesies:
T. lymma
Nama binomial
Taeniura lymma
(Forsskål, 1775)
Julat pari karang
Sinonim
  • Raja lymma Forsskål, 1775
  • Trygon ornatus Gray, 1830

Pari karang (Taeniura lymma) ialah spesies pari dalam keluarga Dasyatidae. Ikan ini terdapat di kawasan-kawasan dari Afrika Timur hingga Pasifik Barat, dan sering dilihat berehat di Terumbu Sawar Besar, di dasar gua berpasir, atau di bawah belebas.

Pari karang mempunyai dua plat di dalam mulutnya yang digunakan untuk menghancurkan kulit ketam, udang dan moluska. Ikan ini boleh hidup bersama-sama dengan ikan-ikan lain, baik ikan yang sama jenis, mahupun yang lain.

Tubuh pari karang boleh tumbuh hingga 25 sentimeter (10 inci), tidak termasuk ekornya. Ekornya panjang sedikit berbanding dengan tubuhnya, dan mempunyai sebatang duri pada separuh keduanya. Bintik-bintik pari karang biasanya berwarna biru atau perang muda.

  1. ^ Sherman, C.S.; Simpfendorfer, C.; Bin Ali, A.; Derrick, D.; Dharmadi, Fahmi, Fernando, D.; Haque, A.B.; Maung, A.; Seyha, L.; Tanay, D.; Utzurrum, J.A.T.; Vo, V.Q.; Yuneni, R.R. (2021). "Taeniura lymma". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T116850766A116851089. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-1.RLTS.T116850766A116851089.en. Dicapai pada 19 November 2021.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan lautan

[sunting | sunting sumber]