Parasitologi
Parasitologi adalah kajian mengenai parasit, perumahnya, dan hubungan antara mereka. Sebagai satu disiplin biologi, skop parasitologi bukannya berdasarkan kepada persoalan bagi sesuatu organisma atau persekitarannya, sebaliknya berdasarkan kitaran kehidupannya. Justeru, bidang ini boleh membawa kepada penghasilan cabang-cabang lain, dan membentuk teknik yang tersendiri dari bidang-bidang seperti biologi sel, bioinformasi, biokimia, biologi molekul, immunologi, genetik, evolusi and ekologi.
Bidang-bidang
[sunting | sunting sumber]Kajian mengenai kepelbagaian organisma ini memberikan maksud bahawa subjek ini selalunya akan dipecahkan kepada unit-unit yang lebih ringkas dan lebih fokus, yang menggunakan teknik-teknik yang sama, walaupun semua unit ini tidak mengkaji organisma atau penyakit yang sama. Kebanyakan penyelidikan dalam parasitologi melibatkan dua atau lebih unit tersebut. Namun, harus diingatkan bahawa kajian mengenai prokariot adalah di bawah bidang bakteriologi, berbanding di bawah parasitologi.
Parasitologi perubatan
[sunting | sunting sumber]Tubuh badan manusia dikaji menjadi perumah kepada hampir 300 spesies cacing parasit dan lebih daripada 70 spesies protozoa, sebahagiannya berasal dari keturunan primat kita yang terdahulu, dan sebahagian pula diperolehi dari binatang yang telah dijinakkan sepanjang sejarah manusia yang agak singkat di Bumi. [2] Sebagai salah satu bidang yang terbesar dalam parasitologi, parasitologi perubatan merupakan satu bidang yang berurusan dengan parasit yang menjangkiti manusia, penyakit yang disebabkan olehnya, gambaran klinikal dan gerak balas badan manusia terhadap parasite. Bidang ini juga berhubungkait dengan pelbagai kaedah diagnosis, rawatan, pencegahan dan kawalan terhadap parasite.
Parasit merupakan organsima yang hidup pada permukaan mahupun dalaman organisma lain yang dikenali sebagai perumah.
Ianya termasuklah organisma berikut:
- Plasmodium spp., parasite protozoa yang menyebabkan malaria. Terdapat lima jenis spesies parasite malaria yang berupaya untuk menjangkiti manusia, iaitu: Plasmodium falciparum,Plasmodium malariae, Plasmodium vivax , Plasmodium ovale, dan Plasmodium knowlesi.[3]
- Leishmania donovani, organisma unisel yang menyebabkan leishmaniasis[4]
- Entamoeba dan Giardia, yang menyebabkan jangkitan usus (disenteri dan cirit-birit)
- Organisma multisel dan cacing usus (helmin) seperti Schistosoma spp., Ascaris lumbricoides, Wuchereria bancrofti, Necator americanus (cacing kerawit) and Taenia spp. (cacing pita)
- Ektoparasit seperti sengkenit, hama dan kutu
Parasitologi perubatan boleh melibatkan penyelidikan dadah, kajian epidemiologi, dan kajian zoonosis.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Parasitologi |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Roncalli Amici R (2001). "The history of Italian parasitology" (PDF). Veterinary Parasitology. 98 (1–3): 3–10. doi:10.1016/S0304-4017(01)00420-4. PMID 11516576.
- ^ Cox F.E.G. 2002. "History of human parasitology"
- ^ Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) [1] "Parasit Malaria"
- ^ Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) [2] "Parasit Leishmaniasis"
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Loker, E., & Hofkin, B. (2015). Parasitology: a conceptual approach. Garland Science.