Papirus Prisse
Papirus Prisse ialah sekeping papirus Mesir purba yang berasal dari zaman Kerajaan Tengah[1]:129 yang ditemui oleh penduduk Kurna dan diberikan kepada orientalis Perancis, Émile Prisse d'Avennes, di Thebes dan diterbitkan pada tahun 1847[perlu rujukan] dan kini berada di Perpustakaan Negara Perancis di Paris.[1]:129
Penduduk Kurna asalnya menemui papirus tersebut di dalam keranda risyi firaun Sekhemre-Wepmaat Intef daripada Dinasti ke-17, yang makamnya mungkin terletak di Darak Abu al-Nagak berhampiran Thebes.[2]
Dokumen papirus tersebut mengandungi dua muka surat terakhir Petua Kagemni, yang kononnya berkhidmat bawah firaun Sneferu dari Dinasti ke-4, dan merupakan himpunan pepatah bidalan dan peringatan nilai-nilai murni (sebayt). Kesimpulan Petua Kagemni diikuti oleh satu-satunya salinan lengkap Pepatah Ptahhotep yang masih wujud.[3][4][5][6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Simpson, William K. (1972). Simpson, William Kelly (penyunting). The Literature of Ancient Egypt: An Anthology of Stories, Instructions, and Poetry. terjemahan oleh R.O. Faulkner, Edward F. Wente, Jr., dan William Kelly Simpson. New Haven and London: Yale University Press. ISBN 0-300-01711-1.
- ^ Hayes, William C. (1973). "Egypt: from the death of Ammenemes III to Seqenenre II". Dalam Edwards, I.E.S.; Gadd, C.J.; Hammond, N.G.L.; Sollberger, E. (penyunting). The Cambridge Ancient History, jil. II, bhg. 1. Cambridge University Press. m/s. 42–76. ISBN 0-521-082307.
- ^ Lichtheim, M. (Ed.). (2019). Ancient Egyptian Literature. Univ of California Press.
- ^ Zaba, Z. (1956). Papyrus prisse. Les maximes de Ptahhotep.
- ^ Bone, J. W. (1887). Papyrus "Prisse". Notes and Queries, 7(59), 127-c.
- ^ Ptah-Hetep, B. G. (1906, Terj. Gunn). The Instruction of Ptah-Hotep and the Instruction of Ke'gemni. The Wisdom of the East.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Arahan yang ditujukan kepada Kagemni dalam M. Lichtheim, Kesusasteraan Mesir Kuno, Jilid I, 1973, ms. 59ff.
- The Instruction of Ptahhotep in M. Lichtheim, Ancient Egyptian Literature, Jilid I, 1973, hlm. 61ff.
- "Papyrus Prisse" oleh Franz Joseph Lauth dicapai 10:53 24/9/11
- Papirus "Prisse" JW Bone (1887) dicapai 11:34GMT 24/9/11
- Teks bertulis-Isaac Meyer dicapai 13:36GMT 25.9.11
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Pengajaran Ptahhotep, Kolej Universiti London