Papan tanda pelancongan
Papan tanda pelancongan, sering juga disebut sebagai papan tanda coklat dan papan tanda tempat pelancongan,[1] ialah papan tanda lalu lintas yang tujuannya untuk mengarahkan pelancong dalam negara atau luar negara ke destinasi pelancongan, seperti bangunan bersejarah, kawasan pelancongan, atau tapak perkhemahan, kawasan perkelahan, kemudahan sukan atau muzium. Mengikut konvensyen antarabangsa, tanda coklat dengan huruf putih dan piktogram putih sering digunakan untuk tujuan ini. Pada pertengahan 1970-an, papan tanda pelancongan telah diperkenalkan di Perancis.[2] Dari sejak itu, idea untuk mengarahkan pelancong ke tempat-tempat menarik dan tarikan menggunakan papan tanda jenis seragam telah tersebar ke seluruh dunia.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Papan tanda pelancong mempunyai tiga aplikasi utama:
- sebagai tanda maklumat dan papan tanda yang menunjukkan destinasi pelancongan penting atau tempat menarik di kawasan tertentu, seperti di dalam kampung atau bandar;
- sebagai tanda piawai yang digunakan untuk menandakan jalan pelancongan atau percutian dengan tema khas; atau
- untuk memaklumkan bahawa terdapat landskap yang terdekat dengan bandar dan wilayah, biasanya di laluan jarak jauh seperti lebuh raya.
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Di kebanyakkan negara, reka bentuk dan penggunaan papan tanda pelancong telah ditetapkan untuk memastikan penampilan yang seragam. Selain warna coklat dan putih yang lazimnya digunapakai, mereka menggunakan fon sans serif yang mudah dibaca. Terdapat juga penggunaan dwibahasa di sebuah papan tanda. Piktogram yang digunakan direka bentuk untuk ringkas dan bermakna, dan tidak pelbagai warna.
Malaysia
[sunting | sunting sumber]Di Malaysia, kebanyakkan papan tanda pelancongan berwarna perang atau putih dengan fon Highway Gothic dan Transport. Ia tergolong secara rasmi dalam kategori papan tanda maklumat.[3] Penggunaan dwibahasa pada papan tanda di Malaysia hanya terdapat di beberapa lokasi sahaja seperti di Kuala Lumpur. Dalam persidangan Dewan Rakyat Malaysia pada tahun 2008, Azalina Othman Said mencadangkan mempelbagaikan bahasa pada papan tanda jalan dan nama tempat, ia merupakan satu usaha baik yang perlu diadakan demi meningkatkan jumlah pelancong asing ke Malaysia. Pemasangan papan tanda pelancongan adalah tertakluk kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran dan dipertanggungkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.[4]
Pada tahun 2020, Sabri Azit (Jerai) mencadangkan semua tempat tumpuan pelancong perlu memasang papan tanda pelancongan Tulisan Jawi. Beliau juga berkata, tulisan Jawi mempunyai unsur seni yang tinggi sekali gus mampu menggamit pelancong bukan sahaja dari Timur Tengah malah seluruh pelosok dunia. Walaubagaimanapun, ada segelintir pihak yang mengkritik dan memperlekehkan usaha ini, namun ia tetap perlu diperjuangkan demi generasi akan datang.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tourist Signs (Brown Signs) di www.highways.gov.uk. Dicapai pada 13 Ogos 2013.
- ^ Touri-Tafeln an der Autobahn ("Tourist Signs on the Motorway") diterbitkan pada 11 Ogos 2006 di Spiegel-Online
- ^ "Papan Tanda Jalan Raya di Malaysia dan Maksud yang Mungkin Anda Tidak Tahu". Carsome. 2021-03-03. Dicapai pada 2022-03-24.
- ^ Bernama (2008-11-06). "Azalina: Papan tanda pelbagai bahasa di lokasi tertentu sahaja". mStar Online. Dicapai pada 2022-03-24.
- ^ Nurul Huda Husain (2020-07-28). "Pasang papan tanda jawi di kawasan pelancongan". Sinar Harian. Karangkraf Group. Dicapai pada 2022-03-24.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Papan tanda pelancongan |
- Touristic signage on German Autobahns: Perception and reception of touristic roadside signage. Study published by Harz University in 2020 (dalam bahasa Inggeris)
- Zeichen 386 Touristischer Hinweis ("Sign 386 - Tourist Information") - Tourist signs in the German Road Traffic Act) (dalam bahasa Jerman)
- Die braun-weißen Hinweisschilder an der Autobahn kennt jeder - ihre Schöpfer nicht ("Everyone Knows The Brown and White Signs on the Autobahn...") at www.leo.tu-chemnitz.de (dalam bahasa Jerman)
- Tourist Signs in Great Britain (dalam bahasa Inggeris)