Pan Yuliang
Pan Yuliang | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
潘玉良 | |||||||||
Kelahiran | |||||||||
Meninggal dunia | 22 Julai 1977 | (umur 82)||||||||
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Montparnasse, Paris | ||||||||
Warganegara | China | ||||||||
Nama lain | Zhang Yuliang, Chen Xiuqing, Pan Shixiu | ||||||||
Pendidikan | Hong Ye, Zhu Qizhan, Wang Jiyuan | ||||||||
Pusat pendidikan | |||||||||
Pekerjaan | Pelukis | ||||||||
Karya terkenal | Nu ren ti (女人體) | ||||||||
Anugerah |
| ||||||||
|
Pan Yuliang (Bahasa Cina: 潘玉良 , nama asal: Zhang Yuliang 張玉良; 14 Jun 1895 – 22 Julai 1977) ialah pelukis dari China. Beliau merupakan pelukis pertama dalam kalangan wanita dari negara itu yang mengkhusus dalam gaya Barat terutamanya dalam gaya Modenisme hasil didikannya di Shanghai and Paris.
Beliau tidak sahaja memperkenalkan gaya seni Barat ke China tetapi juga memberikan sudut pandang terhadap orang yang ditumpukan dalam lukisan dikaryakannya, terutamanya subjek wanita. Beliau juga merupakan pengajar di École des Beaux Arts. Karya-karyanya tidak sahaja terpamer serata dunia sejauh Amerika dan Jepun, tetapi juga memenangi seberapa anugerah cemerlang.
Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Beliau lahir di Yangzhou, Provinsi Jiangsu tahun 1895 di mana beliau diberi nama asal Chen Xiuqing sebelum ditukar kepada Zhang Yuliang (張玉良). Setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia usia 14 tahun, Yulinag dijual seorang bapa saudaranya[1] kepada rumah pelacuran.
Tidak lama kemudian, kehadiran Zhang menarik perhatian Pan Zanhua,[2] seorang pegawai kastam kaya yang membelinya lalu memerdekakannya. Pan mengahwini Zhang sebagai isteri keduanya, Zhang turut mengambil nama keluarganya sekali[2] sebagai Pan-Zhang Yuliang (潘張玉良) dalam suatu surat wasiat;[3] Pan turut memberi peluang kepada Yuliang mendapatkan pendidikan sebaiknya.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Pasangan berdua itu berpindah ke Shanghai untuk memasukkan Yuliang ke Sekolah Seni Shanghai tahun 1920.[4] Beliau melanjutkan pelajaran ke Lyon dan Paris atas tajaan suaminya.
Beliau berjaya mendapatkan biasiswa ke Accademia di Belle Arti di kota Roma, Itali tahun 1925.[2][1]
Kerjaya seni
[sunting | sunting sumber]Senja hidup
[sunting | sunting sumber]Tidak lama setelah kematian beliau, banyak karyanya dibawa ke China tahun 1985 - sebahagian besarnya disimpan di Muzium Seni Kebangsaan Beijing sementara ada yang lain dibawa ke Muzium Hefei, Anhui. Ada juga seberapa lukisan, catan dan ukiran yang sedang dipulihkan di Perancis di bawah kelolaan Muzium Cernuschi.
Gaya seni
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b PHYLLIS, TEO (2010). "MODERNISM AND ORIENTALISM: THE AMBIGUOUS NUDES OF CHINESE ARTIST PAN YULIANG". New Zealand Journal of Asian Studies (dalam bahasa Inggeris). 12, 2: 65–80.
- ^ a b c "Pan Yuliang's painting of bathing nudity", (dalam bahasa Inggeris) China Daily, 11 November 2006. Dicapai pada 1 Januari 2008
- ^ Dong, Song (6 Februari 2011). "女画家潘玉良姓名考-新闻-华东站 -雅昌艺术网". huadong.artron.net. Dicapai pada 8 Mac 2017.
- ^ Zheng, Jane (2007). "The Shanghai Fine Arts College: Art Education and Modern Women Artists in the 1920s and 1930s". Modern Chinese Literature and Culture (dalam bahasa Inggeris). 19 (1): 206.