Pachyrhachis
Pachyrhachis Julat zaman: Akhir Usia Kapur
| |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Subkelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Genus: | Pachyrhachis
|
Spesies: | P. problematicus
|
Nama binomial | |
Pachyrhachis problematicus |
Pachyrhachis ialah satu genus ular pupus yang cukup kembang kaki belakangnya mengikut fosil yang ditemui di Ein Yabrud dekat Ramallah di tengah Tebing Barat. Ia merupakan sejenis ular yang agak kecil, iaitu sekitar 1 m panjangnya. Pachyrhachis nampaknya merupakan sejenis ular laut purba kerana fosilnya ditemui dalam endapan batu kapur laut, apalagi tulang rusuk dan vertebra yang tebal mungkin berfungsi sebagai pemberat untuk mengurangkan keapungan haiwan ini supaya ia boleh menjunam ke dalam laut-laut purba yang pernah didiaminya.
Pachyrhachis ialah satu daripada tiga jenis ular Senomania yang bertungkai belakang. Walaupun banyak ular sawa dan boa masa kini masih mengekalkan saki-baki kaki dalam bentuk susuh yang halus, namun kaki kecil Pachyrhachis lengkap dengan pinggul, lutut dan sendi pergelangan kaki. Ular ini mampu berjalan di dalam air atau bebatuan dekat air. Pachyrhachis asalnya diperikan oleh has Haas (1979, 1980) yang berhujah bahawa ia memupunyai ciri-ciri biawak dan ular yang bercampur-aduk; statusnya sebagai ular purba akhirnya disahkan (Caldwell and Lee 1997).
Kedudukan Pachyrhachis dalam ular banyak dibahaskan (e.g. Lee and Scanlon 2002; Rieppel et al. 2003). Pachyrhachis adalah antara ular-ular tertua yang diketahui dan mengekalkan tungkai belakang yang cukup kembang, oleh itu menggambarkan bentuk peralihan yang mengaitkan ular dengan biawak laut(Lee and Scanlon 2002), tetapi ada yang meletakkan Pachyrhachis di dalam radiasi ular moden Macrostomata (Zaher & Rieppel, 1999).
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Ular-ular fosil yang berkaki belakang:
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Caldwell, M. W. & Lee, M. S. Y. (1997). A snake with legs from the marine Cretaceous of the Middle East. Nature 386: 705-709.
- Haas, G. 1979 On a new snakelike reptile from the Lower Cenomanian of Ein Jabrud, near Jerusalem. Bull. Mus. Nat. Hist. Nat., Paris, Ser. 4, 1, 51-64.
- Haas, G. 1980 Pachyrhachis problematicus Haas, snakelike reptile from the Lower Cenomanian: ventral view of the skull. Bull. Mus. Nat. Hist. Nat., Paris, Ser. 4, 2:87-104.
- Haas, G. 1980 Remarks on a new ophiomorph reptile from the Lower Cenomanian of Ein Jabrud, Israel. In Aspects of Vertebrate History, in Honor of E.H. Colbert (ed. L.L. Jacobs), pp. 177-102. Flagstaff AZ: Museum of Northern Arizona Press.
- Lee, M.S.Y. and Caldwell, M.W. 1998. Anatomy and relationships of Pachyrhachis, a primitive snake with hindlimbs. Philosophical Transactions of the Royal Society of London: Biological Sciences 353: 1521-1552.
- Lee, M.S.Y., Scanlon, J.D. 2002. Snake phylogeny based on osteology, soft anatomy and behaviour. Biological Reviews 77: 333-401.
- Rieppel, Olivier et al. 2003 "The Anatomy and Relationships of Haasiophis terrasanctus, a Fossil Snake with Well-Developed Hind Limbs from the Mid-Cretaceous of the Middle East" Journal of Paleontology 77(3):536-558
- Scanlon, J.D., Lee, M.S.Y., Caldwell, M.W. and Shine, R. 1999. Paleoecology of the primitive snake Pachyrhachis. Historical Biology 13: 127-152.