Pa'din Musa
Maklumat peribadi | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama lahir | Ahmad Fadzil Musa | |||||||||||||
Nama penuh | Ahmad Fadzil Musa | |||||||||||||
Nama samaran | Pa'din Musa | |||||||||||||
Kewarganegaraan | Malaysia | |||||||||||||
Lahir | 1976 (umur 47–48) Pulau Pinang | |||||||||||||
Pengajian | Diploma Kujuruteraan Mekanikal,Politeknik Port Dickson | |||||||||||||
Sukan | ||||||||||||||
Sukan | Papan Selaju | |||||||||||||
Rekod pingat
|
Ahmad Fadzil Musa atau lebih dikenali sebagai Pa'din Musa. Beliau merupakan seorang pemain papan selaju professional Malaysia.
Beliau pernah mengharumkan nama negara dengan menjuarai Asian X Games sebanyak dua kali pada tahun 2000 di Phuket dan tahun 2004 di Kuala Lumpur.[1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Pa'din dilahirkan pada tahun 1976 di Bagan Belat, Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Ayah beliau merupakan seorang tukang kayu dan juga seorang pembaiki mesin jahit manakala ibunya pula bekerja sendiri.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar di Butterworth sebelum meneruskan pendidikan beliau di Sekolah Menengah Vokasional Teluk Air Tawar, Butterworth dan seterusnya ke Politeknik Port Dickson dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.
Kali pertama beliau ternampak papan selaju ialah ketika seorang pemilik gerai di tapak Pesta Pulau Pinang sedang bermain dengan papan selaju selepas beliau menutup gerai. Ketika itu, Pa'din baru sahaja berusia 12 tahun dan sedang berkerja sambilan di tapak pesta tersebut.[2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Papan selaju
[sunting | sunting sumber]Papan selaju yang pertama dibeli oleh beliau ketika berusia 14 tahun dengan harga RM59.90 sahaja, itupun selepas beliau melihat abang beliau giat bermain sukan itu.
Kali pertama beliau memenangi pertandingan papan selaju ialah di Alor Star ketika Pa'din berusia 18 tahun.
Pa'din memenangi dua pingat emas dalam kategori X-Games Asia di Phuket pada tahun 2000 dan kemudiannya di Kuala Lumpur dalam tahun 2004.
Tahun 2004 juga melihat Pa'din sebagai peserta tunggal negara di dalam acara X-Games Summer di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Pereka taman "skatepark"
[sunting | sunting sumber]Kerjaya utama Pa'din pada masa sekarang adalah merekabentuk dan membina taman skateboard di Malaysia melalui syarikat PH Skatepark Sdn. Bhd. Selain dilantik sebagai perunding bagi taman papan selaju di Putrajaya, syarikat Pa'din turut terlibat dalam pembinaan taman skatepark Pasir Gudang, Johor dan taman di dalam bangunan Paradigm Mall, Johor Bahru.
Perniagaan ubahsuai dan membina motosikal custom
[sunting | sunting sumber]Melalui minat yang mendalam dalam bidang motosikal, Pa'din membuka sebuah bengkel Abah & Sons di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang mengkhususkan kepada ubahsuai dan membina motosikal custom terutama bagi jenama Harley Davidson.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ danial (2022-03-15). "[VIDEO] Padin Musa, Lagenda Sukan Papan Selaju Mencari Pelapis!". OHBULAN! (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-27.
- ^ "Pa'din Musa Vans - Abah kayuh basikal 2 hari untuk hantar mesin jahit". Careta (dalam bahasa Inggeris). 2017-12-13. Dicapai pada 2024-02-27.