P Balasubramaniam
Balasubramaniam Perumal (meninggal 2013) mula dikenali ramai setelah menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Shah Alam, Selangor. Dia merupakan bekas anggota polis cawangan khas Polis Diraja Malaysia. Beliau pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda.[1]
Akuan bersumpah 1
[sunting | sunting sumber]Balasubramaniam meminta bantuan peguam Americk Singh Sidhu untuk merangka akuan bersumpah 1. Pada 1 Julai 2008, akuan sumpah itu diikrar di hadapan pesuruhjaya sumpah Dr. T. Yokheswarem. Balasubramaniam dan Yokheswarem dibesarkan di Slim River, Perak.[perlu rujukan] [2]
Pada 3 Julai 2009, Balasubramaniam memberi sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya mengumumkan akuan bersumpah membabitkan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan wanita Mongolia - Altantuya. Akuan bersumpah 1 dirangka bersama dengan peguamnya , Americk Singh Sidhu. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, peguam Americk Singh Sidhu dan Shamsul Iskandar Mat Akin.
Akuan bersumpah 2
[sunting | sunting sumber]Pada 4 Julai 2009, akuan bersumpah ke-2 diadakan di Hotel Prince, Kuala Lumpur . Akuan ke-2 didakwa dibuat setelah berjumpa dengan Deepak Jaikishan dan Datuk VIP Melayu di The Curve, Damansara.Pertemuan itu diadakan di di luar bilik pameran Volkswagen di (pusat beli-belah) The Curve pada malam 3 Julai 2008. Deepak Jaikishan , seorang ahli perniagaan permaidani didakwa (tanpa bukti yang sahih) menawarkan RM5 juta supaya menarik balik akuan bersumpah pertama.[3] Datuk Seri Najib Tun Razak berulang kali menafikan pembabitan beliau dengan Altantuya dan spekulasi tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah. Isteri Datuk Nazim ialah pengacara rancangan Nona TV3 , yang sarat mengandung turut ada bersama.
Deepak Jaikishan didakwa mahu Balasubramaniam segera meninggalkan Malaysia sehingga Najib sah menjadi perdana menteri yang baru .
Melarikan diri
[sunting | sunting sumber]Selepas sidang media di Hotel Prince, Balasubramaniam menghilangkan diri. Peguam Americk gagal menghubungi Balasubramaniam dan panggilan telefon tidak dijawab. Sivarasa menjangkakan Balasubramaniam telah dirasuah. [4]
Di Bangkok, ASP Suresh Kumar didakwa menelefon dari Kuala Lumpur supaya pindah hotel agar dapat mengelirukan pegawai polis dari Kuala Lumpur. Balasumbramaniam pindah ke Hotel Beverly Hills. Deepak didakwa menguruskan belanja hotel kira-kira 100,000 bath. Visa tidak dapat diperolehi di Bangkok. Deepak didakwa mahu Balasubramaniam segera meninggalkan Bangkok kerana polis Malaysia telah menemui lokasi Balasubramaniam.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok , Balasubramaniam dan keluarga dengan penerbangan Thai Airways berlepas ke Kathmandu. Mereka menginap di Hotel Yak & Yeti di Kathmandu selama 10 hari. Urusan visa ke India diuruskan di kedutaan India di Kathmandu.
Balasubramaniam seterusnya terbang ke New Delhi dan menginap di sana selama 2 malam. Terbang ke Madurai dan seterusnya ke Madras. Visa Balasubramaniam tamat pada 21 Ogos 2008. Isteri da anak-anak dihantar pulang ke Kuala Lumpur untuk dijaga dan disekolahkan oleh ibu mertua yang tinggal di Segambut. ASP Suresh Kumar dan Deepak Jaikishan didakwa melawat Subramaniam di Chennai. Balasumbramaniam tinggal secara haram di India kerana tempoh visa sudah tamat. Visa dilanjutkan sehingga 5 September 2009 dengan bantaun exco negeri Karaikal , India. Exco tersebut adalah bapa saudara isterinya.
Beliau juga mengarahkan anak saudaranya, Kumaresan (27 tahun) tidak lagi memberi kenyataan media dan tidak mengadakan demonstrasi nyalaan lilin. Kumaresan telah membuat laporan polis di Balai Polis Brickfield. Turut sama mengiringi ialah ahli parlimen Kapar Manikavasagam Sundaram. [5] Kehilangan Balasubramaniam disedari pada jam 5.45 petang.
Dalam sidang media, Americk mendakwa akuan bersumpah ke-2 adalah dipaksa. Laporan polis dibuat agar namanya sebagai peguam dapat dibersihkan. Americk mengaku dia bukan ahli mana-mana parti walaupun sidang akhbar diadakan di pejabat PKR . [6] Americk telah berbincang dengan ASP Tony agar menyiasat kes kehilangan Bala . Menteri Hal ehwal Dalam Negeri , Datuk Seri Abdul Hamid Albar berharap orang ramai tidak bimbang dengan keselamatan Balasubramanian kerana beliau telah menelefon keluarganya.[7]
Pulang ke Malaysia tanpa melalui Imigresen
[sunting | sunting sumber]Sepanjang bersembunyi di India, Balasubramaniam tiga kali pulang ke Malaysia melalui sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.Antaranya dari 16 Februari 2009 hingga 5 Mac 2009. Kali kedua pada 11 April 2009 hingga 2 Mei 2009. Kali ketiga pada Julai 2009.[perlu rujukan]
Dia bertemu dengan isteri dan anak-anak di Segambut, tanpa pengetahuan Deepak. Anak-anaknya dihantar bersekolah di Sentul, Kuala Lumpur. Kini isteri dan 3 orang anaknya berada di Chennai.[8]
Berjumpa dengan peguam Americk
[sunting | sunting sumber]Balasubramaniam bertemu dengan peguam Americk Singh Sidhu.[9] Kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak timbul kembali. Adik Najib iaitu Muhamad Nazim Abdul Razak dikatakan VIP yang bertemu dengan Balasumbramaniam sebelum kehilangannya. Muhamad Nazim merupakan arkitek dan suami kepada selebriti TV3.
Balasumbaniam boleh dituduh di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960. Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana bersubahat dan berkonspirasi.
Wawancara itu dirakam melalui CCTV dan disiarkan melalui YouTube. Akibatnya rumah bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Manjeet Singh Dhillon dibaling dengan bom petrol (molotov) pada 7.20 malam, 19 November 2009. Mujurlah Manjeet Singh dan keluarga sedang berada di London. Kehadirannya dalam wawancara dengan Balasubramaniam untuk memastikan wawancara itu bebas dari paksaan dan mempunyai integriti.[10]
Kesemua dakwaan Balasubramaniam adalah menurut kenyataan peribadi dirinya, tanpa disertakan dengan apa-apa bukti fizikal.
SPRM masih siasat
[sunting | sunting sumber]Pada 16 Mac 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan SPRM sanggup ke England untuk mengambil keterangan dan merakam sesi soal siasat Balasubramiam di hadapan peguamnya. Jawapan itu diberikan kepada soalan daripada Lim Lip Eng (DAP-Segambut).[11]
Kembali sempena PRU13
[sunting | sunting sumber]Pada 24 Februari 2013, P. Balasubramaniam telah kembali ke Malaysia untuk membantu kempen Pakatan Rakyat sempena pilihan raya umum 2013 yang akan datang.[12][13]
Bala juga telah bersumpah menggunakan kitab suci Hindu untuk membuktikan bahawa akuan bersumpah pertamanya adalah benar manakala yang kedua palsu.[14]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Bagaimanapun selepas mengikuti beberapa siri jelajah dan ceramah Pakatan Rakyat, Bala telah diserang sakit jantung kronik yang akhirnya telah mengakibatkannya meninggal dunia.[15] P. Balasubramaniam meninggal dunia pada 15 Mac 2013 akibat serangan penyakit jantung di Rawang selepas mengadu sakit dada. Bala dikebumikan dengan adat istiadat agama Hindu dimana jasadnya akan dibakar sehingga menjadi abu.[16]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Penyiasat dedah nama adik Najib
- ^ "KENYATAAN MEDIA OLEH AMERICK SINGH SIDHU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-17. Dicapai pada 2009-11-25.
- ^ Peguam: Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala
- ^ Youtube : Berita NTV7
- ^ Youtube : Berita NTV7
- ^ Youtube : Sidang media Americk Singh Sidhu
- ^ Youtube : Bala Telah Telefon Anak Saudaranya
- ^ "PI Bala - Dari Bangkok ke Kathmandu dan Delhi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-22. Dicapai pada 2009-11-25.
- ^ Peguam: Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala
- ^ Bom petrol 'amaran' pada peguam kes akuan Bala Malaysiakini
- ^ PARLIMEN: Siasatan Kes Balasubramaniam Masih Berjalan: Nazri
- ^ Clara Chooi. "PI Bala kembali untuk bantu Pakatan dalam PRU 13, kata peguam" Diarkibkan 2013-02-25 di Wayback Machine, The Malaysian Insider, Kuala Lumpur, 22 Februari 2013. Dicapai 28 Februari 2013.
- ^ Arkib. "Altantuya: Hadirin teruja dengar pendedahan Bala"[pautan mati kekal], Harakahdaily, 28 Februari 2013. Dicapai 18 Mac 2013.
- ^ Arkib. "Skandal Altantuya: PI Bala pulang, sedia bekerjasama dengan Deepak", Keadilan Daily, 24 Februari 2013. Dicapai 18 Mac 2013.
- ^ Arkib "PI Bala Meninggal Dunia", Keadilan Daily, Kuala Lumpur, 15 Mac 2013. Dicapai 18 Mac 2013.
- ^ Boo Su-Lyn (Sat Mar 16 2013). "PI Bala to be cremated today, says Sivarasa". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-22. Dicapai pada 16 Mac 2013. Check date values in:
|date=
(bantuan)