P. L. Travers
P. L. Travers | |
---|---|
Lahir | Helen Lyndon Goff 9 Ogos 1899Ralat ungkapan: Perkataan "august" tidak dikenali Maryborough, Queensland, Australia |
Meninggal dunia | 23 April 1996 London, England | (umur 96)
Pekerjaan | Pengarang, pelakon, wartawan |
Warganegara | Australia |
Genre | Kesusasteraan kanak-kanak |
Anak | seorang anak angkat lelaki |
Pamela Lyndon Travers OBE (lahir sebagai Helen Lyndon Goff) (9 Ogos 1899 – 23 April 1996) ialah seorang pengarang novel, pelakon dan wartawan berbangsa Australia yang dikenang kerana mengarang siri novel bacaan kanak-kanak tentang seorang pengasuh ajaib yang bernama Mary Poppins. Buku-buku sukaramainya telah diadaptasikan berkali-kali, khususnya filem 1964 yang dibintangi Julie Andrews serta pementasan muzikal Broadway yang berasal dari West End di London.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Helen Lyndon Goff lahir di pekan Maryborough, Queensland, Australia, sebagai anak kepada Travers Robert Goff, seorang pengurus bank yang tidak berjaya sehingga diturun pangkat menjadi kerani bank.[1] Ekoran kematian ayahnya, Helen Goff, ibu dan adik-beradiknya berpindah ke Bowral, New South Wales pada tahun 1907, dan menetap di situ sehingga tahun 1917.[2] Dipercayai bahawa beliau mula-mula membayangkan watak yang menjadi Mary Poppins sewaktu tinggal di Bowral.[3] Helen Goff mulai menerbitkan puisi-puisinya sewaktu masih remaja, serta menulis rencana untuk majalah The Bulletin dan Triad sambil mencatat nama sebagai pelakon. Lama-kelamaan, beliau memakai nama glamor "Pamela Lyndon Travers". Beliau menjelajahi Australia dan New Zealand bersama sebuah syarikat jelajah Shakespeare sebelum berpindah ke England pada tahun 1924. Di England, beliau mengabdikan diri kepada mengarang sastera di bawah nama pena P. L. Travers.[4] Travers turut menyanjung tinggi dan mencontohi J. M. Barrie, iaitu pengarang novel Peter Pan, yang banyak persamaannya dengan siri Mary Poppins yang ternama. (Sesungguhnya, penerbit pertama Travers ialah Peter Llewelyn Davies, anak angkat Barrie yang dianggap sebagai model untuk Peter Pan.)[1]
Sewaktu di Ireland pada tahun 1925, Travers bertemu dengan pemuisi George William Russell (AE), juga penyunting akhbarThe Irish Statesman, yang menerima beberapa rangkap puisinya untuk disiarkan. Menerusi Russell, Travers bertemu dengan W. B. Yeats dan ramai lagi pemuisi Ireland yang memupuk minat dan pengetahuannya dalam mitos sedunia. Beliau mengkaji Sistem Gurdjieff di bawah Jane Heap, kemudian pada Mac 1936, dengan pertolongan Jessie Orage, beliau bertemu dengan George Gurdjieff yang meninggalkan kesan besar padanya di samping beberapa tokoh sastera yang lain.[5]
Penerbitan Mary Poppins pada tahun 1934 merupakan kejayaan pertama buat kerjaya sastera Travers. Ia disusuli oleh tujuh lagi susulan (yang terakhir pada 1988), di samping juga sehimpunan novel lain, puisi dan bukan cereka.
Walaupun tak pernah berkahwin, namun pada usir 40 tahun, Travers menerima seorang bayi lelaki dari Ireland yang bernama Camillus sebagai anak angkat, sekaligus memisahkannya daripada adik kembarnya. (Beliau enggan mengangkat kedua-dua mereka sekali; kembar itu bersatu semula bertahun-tahun kemudian.)
Travers dilantik sebagai Pegawai Darjah Kebesaran Empayar British pada tahun 1977. Beliau meninggal dunia di London pada tahun 1996.
Karya
[sunting | sunting sumber]Buku
[sunting | sunting sumber]- Mary Poppins, London: Gerald Howe, 1934
- Mary Poppins Comes Back, London: L. Dickson & Thompson Ltd., 1935
- I Go By Sea, I Go By Land, London: Peter Davies, 1941
- Aunt Sass, New York: Reynal & Hitchcock, 1941
- Ah Wong, New York: Reynal & Hitchcock, 1943
- Mary Poppins Opens the Door, London: Peter Davies, 1944
- Johnny Delaney, New York: Reynal & Hitchcock, 1944
- Mary Poppins in the Park, London: Peter Davies, 1952
- Gingerbread Shop (1952)
- Mr. Wigg's Birthday Party (1952)
- The Magic Compass (1953)
- Mary Poppins From A-Z, London: Collins, 1963
- The Fox at the Manger, London: Collins, 1963
- Friend Monkey, London: Collins, 1972
- Mary Poppins in the Kitchen, New York & London: Harcourt Brace Jovanovich, 1975
- Two Pairs of Shoes, New York: Viking Press, 1980
- Mary Poppins in Cherry Tree Lane, London: Collins, 1982
- Mary Poppins and the House Next Door, New York: Delacorte Press, 1989
Koleksi
[sunting | sunting sumber]- Stories from Mary Poppins (1952)
- Mary Poppins in Cherry Tree Lane / Mary Poppins and the House Next Door (1999)
- Mary Poppins books (1999)
Bukan cereka
[sunting | sunting sumber]- Moscow Excursion, New York: Reynal & Hitchcock, 1934
- About the Sleeping Beauty, London: Collins, 1975
- What the Bee Knows: Reflections on Myth, Symbol and Story (1989)
Buku mengenai P. L. Travers
[sunting | sunting sumber]- Out of the Sky She Came: The Life of P.L. Travers, Creator of Mary Poppins Valerie Lawson 1999 ISBN 0-7336-1072-2
- A Lively Oracle: a Centennial Celebration of P. L. Travers, Creator of Mary Poppins. Ellen Dooling Draper and Jenny Koralek, editors. (New York: Larson Publications, 1999).
- Mary Poppins She Wrote. Lawson,V., Aurum Press, 2005. ISBN 1-84513-126-6
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Picardie, Justine (28 October 2008). "Was P L Travers the real Mary Poppins?". The Daily Telegraph. Dicapai pada 25 November 2010.
- ^ Lawson, Valerie (1999). Out of the Sky She Came. Hatchette Australia.
- ^ "Mary Poppins Birthplace". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-17. Dicapai pada 2021-10-04.
- ^ "Maryborough City Council page on Mary Poppins". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-28. Dicapai pada 2011-11-06.
- ^ Lawson, Valerie (2006). Mary Poppins, she wrote. Simon & Schuster. m/s. 185. ISBN 0743298162 Check
|isbn=
value: checksum (bantuan).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: P. L. Travers |