Osu Sukam
Tan Sri Datuk Seri Panglima Osu Sukam PSM; SPDK (Sbh); DA (Swk); PGDK (Sbh) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Papar, Sabah | |
Dalam jawatan 1986–2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Rosnah Rashid Shirlin |
Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan 1999–2001 | |
Didahului oleh | Bernard Giluk Dompok |
Digantikan oleh | Chong Kah Kiat |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Kawang | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Ariah Tengku Ahmad |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi | |
Dalam jawatan 1994–1995 | |
Didahului oleh | Sakaran Dandai |
Digantikan oleh | Kasitah Gaddam |
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 1987–1990 | |
Didahului oleh | Subramaniam Sinniah |
Digantikan oleh | Jeffrey Kitingan |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Sulaman | |
Dalam jawatan 1986–1986 | |
Didahului oleh | Abdul Hamid Mustapha |
Digantikan oleh | Jasni Gindug |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Buang Sayang | |
Dalam jawatan 1985–1985 | |
Didahului oleh | Othman Mohamed Yassin |
Digantikan oleh | Mohammad Noor Mansoor |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Papar, Sabah | 19 Februari 1949
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Seri Panglima Noredah Majimpi |
Anak | Muhammad Sufri Danish Muhammad Sufri Lakam |
Tan Sri Osu Sukam merupakan bekas Ketua Menteri Sabah. Beliau lahir di Papar, Sabah pada 19 Februari 1949.
Pendidikan dan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Osu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Kawang, dan menyambung pengajian peringkat menengah di Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Pada tahun 1971, beliau meneruskan pengajiannya ke Institute of Statistician di United Kingdom dan menyambung pengajiannya empat tahun lagi di University of Buckingham, England, dalam jurusan statistik.
Beliau yang berkongsi hidup dengan Datin Noredah Majimpi memulakan kariernya sebagai Pegawai Tadbir Kementerian Pembangunan dan Tanah Industri Sabah pada tahun 1972 dan jawatan tertinggi beliau ialah sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 1999.
Politik
[sunting | sunting sumber]Osu menyertai politik sebagai Ketua USNO Bahagian Papar pada tahun 1981 sebelum dipilih sebagai Timbalan Presiden USNO Pusat bagi penggal 1981/1983. Pada masa yang sama, beliau juga menjadi Setiausaha Agung UMNO bagi tempoh setahun pada 1982.Pada pilihan raya 1985, Osu menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buang Sayang dan setahun berikutnya atas tiket USNO juga, beliau memenangi kerusi DUN Sulaman.Pada tahun 1986 pula, Osu sekali lagi diberi kepercayaan oleh parti itu apabila dilantik sebagai Naib Presiden USNO, bagaimanapun, beliau meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman pada tahun yang sama.
Beliau bertanding di kerusi Parlimen Papar atas tiket Barisan Nasional (BN) dan memenanginya pada tahun 1986.Ini berikutan hasrat Osu untuk menyertai parti UMNO pada tahun 1987. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Jawatankuasa Sementara UMNO Bahagian Papar sebelum secara rasmi menyertai UMNO pada 31 Januari 1991.Beliau kemudian mempertahankan kerusi Parlimen Papar pada pilihan raya 1990 dan dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Papar pada pemilihan 1992.
Osu seterusnya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 1993/1996. Pada tahun 1995, beliau kekal menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Papar dan dilantik pula sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.Beliau sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Papar pada pilihan raya 1995 dan setahun kemudian, dipilih semula sebagai ahli MT bagi penggal 1996/1999 setelah menduduki tangga ke-15 dengan 1,104 undi.Pada November 1996, Osu akhirnya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Sabah.
Beliau juga kekal dengan jawatan Ketua UMNO Bahagian Papar untuk penggal 1998/2001 pada pemilihan parti.Pada pilihan raya 1999, Osu turut bertanding di kerusi DUN Kawang dan menang besar di kawasan tersebut. Beliau turut mempertahankan kerusi Parlimen Papar.
Pada 2001, beliau dipilih sebagai MKT UMNO oleh Presiden UMNO , Dr Mahathir Mohamad walaupun tewas pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 2001.Turut dilantik walaupun tewas ialah Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad; Pengerusi Bank Rakyat, Dr. Nooraesah Mohamad; peguam dan aktivis wanita, Azalina Othman ; Ketua Penerangan Pemuda Umno, Azimi Daim; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Perlis, Datuk Shahidan Kassim dan bekas Ketua Wanita, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman.[1]
Isu dan kontroversi
[sunting | sunting sumber]Pada 2005, media Malaysiakini melaporkan Osu Sukam berhutang AS$1.8 juta kepada Kasino Ritz Hotel di London, Britain dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian papar di Sabah. Pengerusi Umno Sabah, Datuk Musa Aman menjelaskan perkara itu kepada akhbar New Straits Times. Ritz Hotel Casino merujuk perkara itu kepada Mahkamah Britain dan di Mahkamah Tinggi di Malaysia untuk mendapatkan semula hutang itu.Usaha kasino itu gagal apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Ian Chin telah menolak permohonan tersebut. Pada 5 Julai 2005, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Ian HC Chin memutuskan bahawa sesebuah bank asing yang meminjamkan wang kepada seorang rakyat Malaysia tidak akan berdepan dengan dasar awam walaupun bank asing berkenaan tidak mempunyai lesen untuk beroperasi di Malaysia. Adalah sangat menghinakan dan tidak adil bagi kasino untuk membenarkan seseorang berjudi secara berhutang yang boleh menyebabkan keluarganya kehilangan kehidupan. [2]
Osu turut berhutang kepada sebuah kasino di Melbourne, Australia tetapi telah diselesai di Mahkamah Tinggi Sabah. Pengarah media Crown Casino, O'Neil memaklumkan hutang itu selesai tanpa dimaklumkan cara pembayarannya.Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menegur Osu yang berhutang judi kasino RM7,142,859.98 kerana diharamkan oleh Islam dan mencemarkan nama parti UMNO. [3]
Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat kes itu kerana Osu telah bersara dari politik sejak Mac 2001. [4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1949
- Orang hidup
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Sabah
- Ketua Menteri Sabah
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ketua Menteri daripada UMNO
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu