Ostrakoderma
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6e/Osteostraci_Janvier.gif/220px-Osteostraci_Janvier.gif)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/82/Cardipeltis_bryanti_fossil_fish%2C_Bighorn_Mountains_WY.jpg/220px-Cardipeltis_bryanti_fossil_fish%2C_Bighorn_Mountains_WY.jpg)
Ostrakoderma (har. kulit keras) merupakan sejenis ikan perisai tanpa rahang yang wujud pada Era Paleozoik. Istilah ini tidak sering muncul dalam klasifikasi pada masa kini kerana ia bersifat parafili (tidak termasuk ikan berahang dan mungkin juga tidak termasuk siklostoma jika anapsida lebih dekat dengan kumpulan haiwan ini) dan oleh itu tidak berpadanan dengan satu jalur keturunan evolusi. Walau bagaimanapun, istilah ini masih digunakan sebagai cara tidak rasmi untuk mengelompokkan kesemua ikan perisai tanpa rahang.
Ciri naik taraf yang ada pada ostrakoderma ialah penggunaan insang secara eksklusif untuk pernafasan dan bukan lagi untuk fungsi pemakanan. Haiwan kordat terdahulu menggunakan pelopor insang untuk kedua-dua fungsi pernafasan dan fungsi pemakanan.[1] Ostrakoderma mempunyai kantung insang berfarinks yang berasingan di sepanjang sisi kepala, yang terbuka secara kekal tanpa pelindungan operkulum. Tidak seperti invertebrata yang menggunakan gerakan bersilia untuk memindahkan makanan, ostrakoderma menggunakan farinks berotot untuk mencipta sedutan yang menarik haiwan mangsa yang kecil serta bergerak perlahan itu ke dalam mulut mereka.
Ahli anatomi Switzerland Louis Agassiz menerima beberapa fosil ikan perisai tulang dari Scotland dalam lingkungan sekitar 1830-an. Beliau mengalami kesukaran untuk mengklasifikasikan jenis haiwan terfosil itu kerana haiwan tersebut tidak menyerupai mana-mana makhluk hidup sedia ada. Beliau membandingkannya pada mulanya dengan ikan perisai yang masih ada seperti ikan keli dan sturgeon, tetapi kemudian menyedari bahawa fosil haiwan itu tidak mempunyai rahang yang boleh digerakkan. Oleh itu, beliau mengklasifikasikan haiwan terfosit tersebut pada tahun 1844 sebagai kumpulan baru, dinamakan "ostrakoderma" yang bermaksud 'berkulit kerang' (daripada bahasa Yunani ὄστρακον óstrakon + δέρμα dérma).[2]
Ostrakoderma mempunyai kepala yang ditutupi dengan perisai tulang. Mereka adalah antara makhluk terawal yang berkepala bertulang. Lapisan mikroskopik perisai itu kelihatan oleh ahli biologi evolusi "seperti terdiri daripada struktur kecil seakan gigi." [3] Neil Shubin menulis: "Potong tulang tengkorak [ostrakoderma] terbuka...letakkan di bawah mikroskop dan...anda dapati struktur yang hampir sama seperti pada gigi kita. Terdapat lapisan enamel dan juga lapisan pulpa. Seluruh perisai terdiri daripada beribu-ribu gigi kecil yang dicantumkan bersama. Tengkorak bertulang ini--salah satu yang terawal dalam rekod fosil--diperbuat sepenuhnya daripada gigi kecil. Pada asalnya gigi wujud untuk menggigit makhluk (sila lihat konodon); kemudian satu versi gigi digunakan dengan cara baru untuk melindungi mereka."[3]
Ostrakoderma wujud dalam dua kumpulan utama, heterostrakan primitif dan sefalaspida. Sefalapida lebih maju daripada heterostrakan kerana mereka mempunyai penstabil sisi untuk lebih mengawal renangan mereka.
Pteraspidomorf dan telodont telah lama diandaikan sebagai satu-satunya ostrakoderma dengan lubang hidung berpasangan, manakala kumpulan lain hanya mempunyai satu lubang hidung median. Namun terdapat pendedahan di kemudian hari bahawa walaupun galeaspidan hanya mempunyai satu bukaan luaran, ia mempunyai dua organ hidung dalaman.[4][5]
Selepas kemunculan ikan rahang (plakoderma, akantodia, jerung, dll.) kira-kira 420 juta tahun dahulu, kebanyakan spesies ostrakoderma mengalami kemerosotan spesies, dan ostrakoderma terakhir telah pupus pada penghujung zaman Devon. Penyelidikan yang lebih terkini menunjukkan bahawa ikan dengan rahang tidak mempunyai kaitan dengan kepupusan ostracoderm daripada yang diandaikan sebelum ini, kerana ia wujud bersama tanpa penurunan yang ketara selama kira-kira 30 juta tahun.
Subkelas Ostracodermi telah diletakkan di bahagian Agnatha bersama dengan Subkelas Cyclostomata yang masih ada, termasuk ikan lampri dan ikan hag.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Walker; Liem (1994). Functional Anatomy of the Vertebrates An Evolutionary Perspective (ed. 2). Sanders College Publishing. ISBN 0-03-096846-1.
"Gills are not present in the pharyngeal pouches of protochordates as they are in fishes; rather the [pharangeal] slits of protochordates are part of their feeding mechanism." - p 32 "Water is drawn into the pharynx ... The pharynx wall is perforated by many vertically elongated, pharyngeal slits ... Cells in the endostyle of the pharyngeal floor secrete mucus that entraps minute food particles." - p 35 "Amphioxus also gains oxygen and discharges carbon dioxide from the water flowing through the pharynx even though gills are not present." - p 35
- ^ Maisey, John G. (1996). Discovering Fossil Fishes (ed. illustrated). New York: Henry Holt & Company. m/s. 37. ISBN 9780805043662.
- ^ a b Shubin, Neil (2009). Your Inner Fish: A Journay into the 3.5 Billion Year History of the Human Body (ed. reprint). New York: Pantheon Books. m/s. 85–86. ISBN 9780307277459.
- ^ "Fossil fish reveals how jaws evolved - Planet Earth Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-03. Dicapai pada 2014-04-11.
- ^ "GEOL 331 Invertebrate Paleontology". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-20. Dicapai pada 2014-04-11.
![]() |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Ostrakoderma |