Osram
Jenis/bentuk sah | Aktiengesellschaft |
---|---|
Didagangkan sebagai | FWB: OSR |
ISIN | DE000LED4000 |
Industri | Pencahayaan |
Pendahulu | Auergesellschaft |
Ditubuhkan | 1919Berlin[1]) | (
Ibu pejabat | Munich , Jerman |
Hasil | €4.115 bilion (Tahun fiskal 2018[2]) |
Pemilik | ams OSRAM AG |
Bilangan kakitangan | Sekitar 27,400 (akhir September 2018[3]) |
Syarikat induk | ams AG |
Anak syarikat | Osram Opto Semiconductors OSRAM Sylvania |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
OsRam Licht AG ialah pengilang pencahayaan multinasional Jerman beribu pejabat di München.[4] Nama syarikat ini menggabungkan nama unsur-unsur osmium dan Wolfram (perkataan bahasa Jerman untuk tungsten), dua elemen asas bahan membuat filamen mentol lampu semasa syarikat ini mula ditubuhkan.
OSRAM ditubuhkan pada tahun 1919 oleh penggabungan perniagaan lampu Auergesellschaft, Siemens & Halske dan Allgemeine Elektrizitäts-Gesellschaft (AEG). Pada 5 Julai 2013, OSRAM dipisahkan dari Siemens, dan penyenaraian sahamnya bermula pada 8 Julai 2013 di Bursa Saham Frankfurt.[5] Selepas perang bidaan dengan Bain Capital, OSRAM diperolehi oleh AMS, pada Disember 2019.[6][7][8]
Operasi
[sunting | sunting sumber]Osram ialah perbadanan multinasional dengan ibu pejabatnya terletak di Munich dan telah memperkerjakan seramai 34,000 orang di serata dunia. Osram mempunyai operasi di 120 negara. Dalam tahun kewangan 2014, hasil pendapatannya berjumlah €5.1 bilion telah dicapai.[9] Operasi Amerika Utara syarikat ini, Osram Sylvania, beribu pejabat di Wilmington, Massachusetts; produk yang dijual di Kanada, Mexico, Amerika Syarikat dan wilayahnya dijual di bawah jenama Osram Sylvania. Osram juga ialah antara beberapa syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia di mana operasi syarikatnya beribu pejabat di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas di Bayan Lepas, Pulau Pinang.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "100 Jahre OSRAM : Licht hat einen Namen" (PDF). Osram.de. Dicapai pada 8 September 2018.
- ^ "Company investor overview". osram-group.com. Dicapai pada 14 Oktober 2019.
- ^ "Company investor overview". osram-group.com. Dicapai pada 14 Oktober 2019.
- ^ "OSRAM Licht AG imprint". OSRAM. 3 Ogos 2013.
- ^ "Press Information on the OSRAM Listing". OSRAM. 3 August 2013.
- ^ "Osram's Managing Board invites ams to talks about the future". OSRAM. 6 December 2019.
- ^ "Osram supports public takeover offer from Bain Capital and The Carlyle Group". OSRAM. 4 Julai 2019.
- ^ "Apple Supplier AMS Stock Jumps After Revenue Boost and Takeover Revival". Barron's. 23 Julai 2019.
- ^ "Annual report 2014" (PDF). OSRAM. 2 January 2015.
- ^ Fikri Fisal (August 2016). "PDC – Making Penang Lead". Penang Monthly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-19. Dicapai pada 3 March 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Osram |
- OSRAM
- OSRAM Licht AG – website of the publicly listed holding company