Ornithoptera aesacus
Sayap burung Obi | |
---|---|
![]() | |
Jantan, spesimen lekap | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Insecta |
Order: | Lepidoptera |
Keluarga: | Papilionidae |
Genus: | Ornithoptera |
Spesies: | O. aesacus
|
Nama binomial | |
Ornithoptera aesacus Ney, 1903
|
Ornithoptera aesacus, iaitu sayap burung Obi,[3] ialah spesies kupu-kupu sayap burung yang amat langka, endemik di Pulau Obira (awalnya Obi), Indonesia.[4] Sungguhpun menjadi spesies yang sangat langka, ia dibiak dan didagangkan secara komersial.
Epitet spesifiknya Ornithoptera aesacus, dinamakan sempena Aesacus, anak sulung Priam.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c9/OrnithopteraObiensisRippon.jpg/220px-OrnithopteraObiensisRippon.jpg)
Huraian asalnya adalah: aesacus Ney, F. (Felix) 1903 as Troides priamus Form aesacus. The full reference is Ney, F. 1903 Eine neue Troides-Form von Obi. Insekten-Börse 20 (5): 36., 1903.
Tempat simpanan bagi empat sintaipnya yang dihimpun oleh J. Waterstradt pada Mei 1902 tidak diketahui. Ia pernah dipegang oleh Hermann Rolle, yang sebahagian himpunannya dijualkan kepada Eugène Le Moult.
Huraian
[sunting | sunting sumber]Ornithoptera aesacus ialah ahli kumpulan spesies Ornithoptera priamus. Dua spesies ini sangat mirip tetapi O. aesacus jantan mempunyai kilauan biru-firus menggilap.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Pengelasan Ornithoptera aesacus sebagai spesies tidak mendapat sepersetujuan penuh dan terkadang dianggap subspesiesnya Ornithoptera priamus oleh seberapa, seperti Parsons (1996).
Kesinoniman
[sunting | sunting sumber]- O. obiana (Waterstradt in litt.) Rebel, 1906
- O. obiensis Rippon, 1906
- O. obiana (sebagai O. arruana obiana) Rippon, 1906-1912
Taburan
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8e/Obi_Islands_Topography.png/220px-Obi_Islands_Topography.png)
Sayap burung Obi endemik dari Pulau di Indonesia.[4] Ia menghuni hutan hujan. Lantaran pembalakan berterusan di pulau tersebut, pemuliharaan spesies ini diberikan perhatian, dan dikelaskan sebagai 'terjejas' oleh IUCN.[1] Dua belas tahun lalu ia ialah spesies sayap burung terlangka di dunia. Ia kekal terancam namun turut dibiakkan secara komersial.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Böhm, M. (2018). "Ornithoptera aesacus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T15511A725553. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-1.RLTS.T15511A725553.en. Dicapai pada 17 November 2021.
- ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
- ^ Alit Ayu Dewantari; Gabriel Zefanya Lasut Pusung. "Kupu-kupu Endemik Indonesia sebagai Inspirasi Pengembangan Buku Pop Up dengan Teknik V-Folding dan Internal Stand". Journal of Contemporary Indonesia Art. 9 (2): 150-164. ISSN 2442-3394.
- ^ a b Global Biodiversity Information Facility, record for Ornithoptera aesacus
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- D'Abrera, B. (1975). Birdwing Butterflies of the World. Country Life Books, London.
- Collins, N. Mark; Morris, Michael G. (1985). Threatened Swallowtail Butterflies of the World: The IUCN Red Data Book. Gland & Cambridge: IUCN. ISBN 978-2-88032-603-6 – melalui Biodiversity Heritage Library.
- Haugum, J. & Low, A.M. (1978-1985). A Monograph of the Birdwing Butterflies. 2 volumes. Scandinavian Press, Klampenborg; 663 pp.
- Parsons, M.J. (1996). A phylogenetic reappraisal of the birdwing genus Ornithoptera (Lepidoptera: Papilionidae: Troidini) and a new theory of its evolution in relation to Gondwanan vicariance biogeography. Journal of Natural History 30(11):1707-1736.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Data berkenaan Ornithoptera aesacus di Wikispesies
- Globis.insects-online: Ornithoptera aesacus — from Zoologische Staatssammlung München.
- Barcode of Life: Ornithoptera aesacus — from Consortium for the Barcode of Life.
- Att.net.bret69: Images of Swallowtails
- Nagypal.net: Images
- Worldwildlife.org: Southeastern Asia Ecoregion — "Islands of Halmahera, Moratai"
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ornithoptera aesacus |