Pergi ke kandungan

Orang Kossak (karya)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Kossak
Thumb
Portret seorang Kossak oleh Alexander Litovchenko
Umum
PengarangLeo Tolstoy
Tajuk asal
Казаки (Kozaky)
NegaraRusia
BahasaRusia
GenreCereka Sejarah
Penerbitan
PenterjemahEugene Schuyler (1878), Peter Constantine (2004)
PenerbitUtusan Rusia
Tarikh penerbitan
1863
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris
1878 (Majalah Scribner's)
Halaman161 ms. (Kulit lembut)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 0-679-64291-9

Orang Kossak (Rusia: Казаки [Kazaki]; bahasa Inggeris: The Cossacks) ialah sebuah novel pendek oleh Leo Tolstoy. Novel ini diterbitkan dalam tahun 1863 dalam majalah sastera popular Utusan Rusia (Inggeris: The Russian Messenger, Rusia: Ру́сский ве́стник). Novel ini mula-mula dikenali dengan judul Dewasa Muda.[1] Kedua-dua Ivan Turgenev dan penulis dan pemenang hadiah Nobel Rusia, Ivan Bunin, memuji karya itu dengan Turgenev menggelar novel itu sebagai karya Tolstoy kegemarannya.[2] Tolstoy mula menulis novel pada Ogos 1853; dalam bulan Ogos 1857, selepas membaca Iliad, beliau berazam menulisnya kembali.[3] Beliau selesai menulis novel dalam bulan Februari 1862; beliau didorong menyelesaikan novel kerana terpaksa membayar hutang judi ekoran kalah bermain terup. [4] Novel diterbitakn dalam tahun 1863, tahun kelahiran anak sulungnya.[2]

Dipercayai Orang Kossak sedikit sebanyaknya bersifat autobiografi, berlandaskan pengalaman Tolstoy di Caucasus waktu saat-saat akhir peperangan Caucasus.[5]

Seorang bangsawan berasa tidak berpuas hati dengan kehidupannya dalam masyarakat Rusia yang dianggapnya cetek. Beliau memasuki tentera sebagai kadet dengan harapan dapat meninggalkan kedangkalan kehidupan sehariannya. Dalam usahanya mencari kehidupan "lengkap", dengan naifnya beliau menaruh harapan pada cara hidup "sederhana dan mudah" masyarakat di Caucasus. Beliau cuba mengalami budaya tempatan dengan menjadi rakan seorang tua dan melakukan kesemua yang dilakukan masyarakat Kossak itu bersama rakannya. Dalam kegahairahannya menjadi seorang Kossak, anak bangsawan mula berfikiran yang dia memahami Kossak; malah sudah menjadi seorang Kossak dan bukan lagi orang luar. Namun, keadaan sebenarnya berlainan. Semasa menjadi Kossak, anak muda bangsawan belajar tentang kehidupan dalamannya, falsafah moral dan kerumitan psikologi manusia.

Ringkasan plot

[sunting | sunting sumber]

Dmitriy Olenin, seorang yang bersikap idealis, meninggalkan Moscow dengan harapan memulakan kehidupan baharu di Caucasus. Di stanitsa (stanitsa ialah perkampungan di kalangan Kossak dan merupakan unit ekonomi dan politik masyarakat Kossak) beliau menjadi tertaik dengan keadaan persekitarannya dan mula membenci kehidupannya silamnya di Moscow. Dia berbaik-baik dengan Kossak tua, Eroshka, pergi memburu serta hidup cara Kossak bersamanya. Dalam waktu ini seorang Kossak muda, Luka, membunuh seorang Chechen yang cuba menyeberangi sungai ketika membuat peninjauan terhadap perkampungan Kossak, dan dengan pembunuhan ini Luka dihormati orang Kossak di kampung itu. Olenin jatuh cinta dengan seorang gadis kampung, Maryanka, yang sepatutnya mengahwini Luka lewat dalam cerita. Meskipun demikian, Olenin cuba melawan emosinya dan akhirnya dapat meyakinkan dirinya bahawa beliau menyayangi kedua-dua Luka dan Maryanka kerana sikap sederhana mereka. Olenin memutuskan yang kegembiraan hanya akan datang kepada seseorang yang bermurah hati dan yang tidak mementingkan diri sendiri.

Beliau mula-mula memberikan seekor kuda kepada Luka yang menerima hadiah tersebut tetapi tidak mempercayai keikhlasan Olenin. Dengan peredaran masa Olenin mula dihormati orang kampung. Namun, datang pula seorang Rusia, Beletsky, yang merosakkan idealisme Olenin terutamanya dalam usaha Olenin untuk memikat hati Maryanka. Olenin melamarnya beberapa kali dan Luka mendengar berita melalui seorang Kossak. Olenein tidak dijemput ke majlis pertunangan Luka dan Maryanka. Olenin bermalam dengan Eroshka tetapi membuat keputusan untuk sekali lagi cuba memikat Maryanka. Dia berjumpa dan mengajak Maryanka berkahwin dengannya.

Pada masa yang sama Luka mengalami kecederaan teruk apabila dia dan sekumpulan Kossak bersemuka dengan sekumpulan Chechen yang cuba menyerang kampung. Kumpulan Chechen ini termasuk saudara Chechen yang telah dibunuh Luka pada awal cerita. Walaupun Chechen kalah dalam pertempuran, saudara Chechen yang dibunuh berjaya menembak Luka di bahagian perut. Luka Luka parah dan berkemungkinan besar Luka akan maut akibat lukanya, dan semasa dia dirawat orang kampung, Olenin menghampiri Maryanka dan terus mengajaknya berkahwin. Dengan perasaan marah, Maryanka menyatakan keengganannya. Olenin membuat keputusan untuk meninggalkan kampung Kossak dan mengucapkan selamat tinggal kepada Eroshka yang hanya seorang menghantarnya pulang ke pasukannya. Pada mulanya Eroshka kelihatan beremosi terhadap Olenin, tetapi selepas Olenin bergerak dan menoleh ke belakang, dia mendapati Eroshka sudahpun melupainya dan pulang kepada kehidupan biasanya.


Adaptasi filem

[sunting | sunting sumber]

Pembuat filem Soviet Vasili Pronin mengarah filem yang diadaptasi daripada Orang Kossak pada tahun 1961 dan ditayangkan di Festival Filem Cannes.

  1. ^ Orwin (2002), m/s. 72 Missing or empty |title= (bantuan)
  2. ^ a b Orwin (2002), m/s. 29 Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ Orwin (2002), m/s. 24 Missing or empty |title= (bantuan)
  4. ^ Orwin (2002), m/s. 27 Missing or empty |title= (bantuan)
  5. ^ Orwin (2002), m/s. 69 Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]