Pergi ke kandungan

Orang Besar Jajahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar)

Orang Besar Jajahan ialah gelaran dan jawatan kumpulan pembesar setiap daerah di Perak, Malaysia.[1] Mereka dipilih dan dilantik oleh Sultan Perak untuk mewakili istana dalam segala urusan berkaitan di setiap daerah yang diamanahkan kepada mereka. Antara tugas Orang Besar Jajahan ialah menjalankan segala titah perintah Sultan Perak yang berkaitan dengan urusan pentadbiran kerajaan, agama Islam, adat Melayu serta kebajikan rakyat jelata dengan menganggotai pelbagai pertubuhan dan sebagainya[2].

Penjawat semasa

[sunting | sunting sumber]
Senarai Orang Besar Jajahan di Perak[3]
Jawatan Gelaran Penyandang Semasa ke berapa mulai Tahun Semasa (kini)
Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar Toh Maharaja Indera Khairil Anuar bin Arshad, Dr Haji
Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Wan Mohd Isa bin Wan Mohd Razalli, Dato' Seri Haji
Orang Besar Jajahan Hilir Perak Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Meor Redwan bin Mahayudin, Dato' Haji
Orang Besar Jajahan Kerian Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera Ahmadd Raziff bin Mohamad Zulkifli, Dato'
Orang Besar Jajahan Hulu Perak Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Meor Roslan bin Meor Ahmad Rashidi, Dato’ Ar LA
Orang Besar Jajahan Kinta Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Abdul Wahab bin Azizul Hassan, Dato'
Orang Besar Jajahan Perak Tengah Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja Ahmad Ruslan bin Mohd Ridzuan, Dato' Dr. Haji
Orang Besar Jajahan Batang Padang Toh Paduka Indera Mat Rasid bin Ayob, Dato' Haji
Orang Besar Jajahan Muallim Toh Paduka Setia Safry Kamal bin Ahmad, Dato’ Ir. Dr.
Orang Besar Jajahan Kampar Toh Sedewa Raja Abdul Talib bin Abdul Fahmi, Dato'
Orang Besar Jajahan Manjung Toh Seri Bijaya Shaharudin bin Nazari, Leftenan Kolonel Bersara Dato'
Orang Besar Jajahan Bagan Datuk Toh Seri Lela Paduka Khalid bin Ismail, Dato' Dr

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Gelaran Rasminya Bagi 4 Orang Besar tu



  1. ^ 하늘 (7 April 2019). "Fakta Tentang Orang Besar Jajahan Di Negeri Perak". Orangperak. Dicapai pada 8 September 2021.
  2. ^ Bernama (26 Mei 2021). "Orang Besar Jajahan Perak Tengah meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 8 September 2021.
  3. ^ "Orang Besar Jajahan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan". Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak. 27 Julai 2021. Dicapai pada 8 September 2021.