Olga I. Larkina
Olga Ivanovna Larkina | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Olga Ivanovna Cherdintseva |
Organisasi | Blagovest |
Terkenal kerana | seorang wartawan dan penulis Rusia |
Olga I. Larkina (Rusia: Ольга И. Ларькина ) (lahir 31 Julai 1954, kampung Rassypnaya, Daerah Ileksky, Orenburg, Rusia) adalah seorang wartawan dan penulis Rusia.
Biografi ringkas
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1971, beliau lulus dari Sekolah Menengah Sakmara dan pada 1980 tamat Universiti Sosial dan Pedagogi Negeri Samara (bekas Institut Pedagogi Negeri Kuibyshev dinamakan sempena V.V. Kuybyshev) dengan kepujian. Beliau bekerja di surat khabar daerah di bandar Samara, termasuk dewan pengarang akhbar serantau "Volzhskaya nov" dan surat khabar "Zavodskaya zhizn" di Pusat Roket dan Antariksa Progress dan sebagai penyiar berita di Radio Pusat itu. Sejak 1996 beliau adalah wartawan akhbar Orthodox Samara Blagovest, sejak 1998 - sebagai Timbalan Penyunting akhbar Blagovest dan majalah Lampada. Beliau adalah ahli Kesatuan Wartawan Rusia[1].
Kreativiti
[sunting | sunting sumber]Beliau menulis esai, cerpen, dan novel. Beliau adalah pengarang beberapa buku esai ("Ketika kau masih titik dalam badanku... anak perempuanku", "Buku berdarah. Dosa pengguguran di Rusia", "Dermaga yang Diinginkan") dan buku fiksyen untuk kanak-kanak ("Kotak Pandora, atau Anak-anak yang Hilang","Pengembaraan Menakjubkan Dimka Golubev","Ketika lingkaran bercantum", dll.) Idea-idea iman, kebaikan, dan keadilan terkandung di dalamnya dalam bentuk seni.
Penghargaan[2]
[sunting | sunting sumber]- Pingat St. Sergius of Radonezh Tingkat II (Anugerah Patriark) (2004)
- Lencana perak St. Alexis (Anugerah uskup Samara) (2014)
- Hadiah pertama Festival Teknologi Sosial Antarabangsa ke-1 untuk Perlindungan Nilai Keluarga "FOR LIFE-2010", Moscow.
- Diploma Martir Agung Suci Grand Duchess Elizabeth Feodorovna “kerana cinta dan belas kasihan kepada orang-orang Bulgaria” (Bulgaria, 2019)
Keluarga
[sunting | sunting sumber]- Lima anak, lapan cucu
Penerbitan utama
[sunting | sunting sumber]- Когда ты была во мне точкой… дочка (Ketika kau masih titik dalam badanku... anak perempuanku). Samara: Blagovest, 2000
- Кровавая книга. Грех аборта в России (Buku berdarah. Dosa pengguguran di Rusia). Samara: Blagovest, 2001
- Удивительные приключения Димки Голубева, которые помогли ему стать человеком (Pengembaraan menakjubkan Dimka Golubev, yang membantunya menjadi lelaki). Ryazan: Zerna, 2011 ISBN 9785903138753 [3].
- Ящик Пандоры, или Пропавшие дети (Kotak Pandora, atau Anak-Anak yang Hilang). Ryazan: Zerna, 2014.
- Ящик Пандоры, или Пропавшие дети. Кольцо королевы Горделии (Kotak Pandora, atau Anak-Anak yang Hilang. Cincin Ratu Hordelia). Ryazan: Zerna, 2014.
- Желанная пристань. Непридуманные истории (Dermaga yang Diinginkan. Kisah sebenar. M.: Novaya Zhizn, 2016 ISBN 978-5-902716-42-6.
- Ящик Пандоры, или Пропавшие дети. Дымка (Kotak Pandora, atau Anak-Anak yang yang Hilang. Dimka). M .: Sibirskaya Blagozvonnitsa, 2017 ISBN 978-5-906911-31-5.
- Когда замкнется спираль. (Ketika lingkaran bercantum). M .: Sibirskaya Blagozvonnitsa, 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Buku oleh Olga Larkina di Ozon [3]
- Senarai terperinci penerbitan oleh Olga Larkina di akhbar Blagovest [4]