Oksigen cecair
Oksigen cecair (kependekannya LOX) merupakan salah satu bentuk fizikal gas oksigen.
Sifat fizikal
[sunting | sunting sumber]Cecair ini berwarna biru pucat serta mempunyai daya paramagnet yang kuat di mana ia boleh tergantung antara dua kutub hujung magnet ladam.[1] Oksigen cecair mempunyai ketumpatan sebanyak 1.141 g/sm3 (1.141 kg/L or 1141 kg/m3), iaitu lebih sedikit bebanding cecair air biasa dan bersifat kriogenik dengan takat beku sebanyak 54.36 K (−218.79 °C; −361.82 °F) dan takat didih sebanyak 90.19 K (−182.96 °C; −297.33 °F) pada 101.325 kPa (760 mmHg). Oksigen cecair mempunyai nisbah pengembangan sebanyak 1:861 pada 1 atm dan 20 °C (68 °F).[2][3] Untuk sebab inilah cecair ini digunakan dalam pesawat-pesawat tentera dan komersial sebagai sumber oksigen pernafasan yang boleh diangkut.
Sifat kriogen cecair ini boleh menyebabkan sebarang bahan yang bersentuhan dengannya menjadi sangat rapuh. Ia juga merupakan agen pengoksida yang sangat kuat di mana bahan organik yang didedahkan padanya boleh membakar dengan pantas. Bahkan, bahan-bahan tertentu seperti kepingan arang atau karbon hitam boelh meletup secara spontannya sebelah direndamkan dengan cecair ini sama ada melalui nyalaan atau percikan api mahupun tiupan lembut. Bahan petrokimia seperti asfalt turut menunjukkan tindak balas seperti ini.[4]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Cecair ini dikelaskan sebagai gas industri yang digunakan secara meluas dalam bidang perubatan dan perindustrian. Ia diperolehi daripada oksigen dalam udara semulajadi melalui penyulingan berperingkat dalam suatu kilang pemisahan udara kriogen (cryogenic air separation plant)
Oksigen cecair ialah bahan dorong pengoksida cecair kriogen yang sering dipakai untuk penerbangan perejanan roket (rocket propulsion) apabila dicampurkan bersama hidrogen cecair, minyak tanah atau metana.[5][6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Moore, John W.; Stanitski, Conrad L.; Jurs, Peter C. (21 Januari 2009). Principles of Chemistry: The Molecular Science. Cengage Learning. m/s. 297–. ISBN 978-0-495-39079-4. Dicapai pada 3 April 2011.
- ^ "Cryogenic Safety". chemistry.ohio-state.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2008.
- ^ "Characteristics". Lindecanada.com. 18 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2012. Dicapai pada 22 Julai 2012.
- ^ Liquid Oxygen: Receipt, Transfer, Storage, Disposal. Tentera Udara Amerika Syarikat. 1961.
- ^ Belluscio, Alejandro G. (7 Mac 2014). "SpaceX advances drive for Mars rocket via Raptor power". NASAspaceflight.com. Dicapai pada 13 Mac 2014. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Todd, David (20 November 2012). "Musk goes for methane-burning reusable rockets as step to colonise Mars". FlightGlobal Hyperbola. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2012. Dicapai pada 22 November 2012.
‘We are going to do methane,’ Musk announced as he described his future plans for reusable launch vehicles including those designed to take astronauts to Mars within 15 years, ‘The energy cost of methane is the lowest and it has a slight Isp (Specific Impulse) advantage over Kerosene’ said Musk adding, ‘and it does not have the pain in the ass factor that hydrogen has.’ ... SpaceX's initial plan will be to build a lox/methane rocket for a future upper stage codenamed Raptor. ... The new Raptor upper stage engine is likely to be only the first engine in a series of lox/methane engines.
Unknown parameter|deadurl=
ignored (bantuan)