Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
Maklumat peribadi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kewarganegaraan | Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Pulau Pinang | 14 April 1998||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kecacatan | Gangguan penglihatan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
|
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais merupakan seorang pelumba basikal para Malaysia dan beliau bertanding bersama dengan jurumudinya, Nurul Suhada Zainal. Beliau merupakan pemenang pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Para Asia 2018 apabila beliau meraih pingat emas dalam acara uji masa B perempuan.[1] Walaupun hanya berlatih dalam tempoh masa tiga bulan, beliau telah merangkul empat pingat emas dalam Sukan Para ASEAN 2017. [2] Beliau juga menang tiga pingat emas dalam Kejohanan Asia 2019.[3]
Nur Azlia telah bertanding di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 dalam lumba basikal. Beliau telah menyertai acara uji masa dan lumba lebuh raya bagi lumba basikal lebuh raya dan uji masa bagi lumba basikal lebuh raya.[4] Namun, beliau terpaksa menarik diri daripada acara berbasikal lebuh rayanya kerana mengalami masalah pernafasan ketika bertanding dalam acara uji masa.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Indonesia 2018: Malaysia's double delight". paralympic.org. 13 Oktober 2018. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
- ^ R. SEKARAN (11 November 2017). "Gutsy para athlete rides to gold in three months". The Star. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
- ^ "Nur Azlia blooms into a champion in less than a year". The Star. 20 Februari 2018. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
- ^ "Paralimpik Tokyo 2020". Bernama. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
- ^ "Nur Azlia Syafinaz alami masalah pernafasan ketika perlumbaan". Sinar Harian. 31 Ogos 2021. Dicapai pada 30 Oktober 2021.