November 2009
Penampilan
November 2009 ialah bulan ke-11 untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Ahad dan berakhir selepas 30 hari pada hari Isnin.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 30 November - Dalam proses menilai semula won Korea Utara, wang kertas kini tidak lagi sah diperlakukan, dan perniagaan ditutup sehingga wang baru dikeluarkan pada 7 Disember.
- 30 November - José Mujica dipilih sebagai Presiden Uruguay.
- 29 November - Para pengundi di Switzerland bersetuju mengharamkan pembinaan menara masjid (gambar contoh) di negara itu dalam satu pungutan suara.
- 29 November - Rwanda diterima masuk ke dalam Negara-Negara Komanwel melalui kriteria Edinburgh, menjadi anggota keduanya tanpa sebarang hubungan bersejarah rasmi dengan United Kingdom.
- 27 November - Banjir kilat di pantai Laut Merah Arab Saudi semasa musim haji menyebabkan 104 orang maut dan lebih 350 lagi hilang.
- 26 November - Keputusan siasatan terhadap penganiayaan seks dalam kawasan ketua biskop Katolik Rom Dublin diterbitkan.
- 24 November - Lebih 300 ribu haiwan disembelih bersempena perayaan Gadhimai di selatan Nepal, dalam korban haiwan terbesar di dunia.
- 24 November - Bekas Perdana Menteri Thailand Samak Sundaravej meninggal dunia akibat barah hati.
- 23 November - Kandungan laporan mengenai pemusnahan Masjid Babri (gambar) yang bocor menyebabkan perbalahan di parlimen India.
- 19 November - Perdana Menteri Belgium Herman Van Rompuy (gambar) dipiilih sebagai Presiden Majlis Eropah tetap pertama.
- 14 November - Mesyuarat APEC ke-21 diadakan di Singapura.
- 12 November - NASA mengumumkan yang projek LCROSS (gambar artis) menemui bukti wujudnya air di kawah Cabeus di Bulan.
- 9 November - Di Forum Kerjasama China–Afrika ke-4 di Mesir, Republik Rakyat China berjanji memberikan pinjaman mudah AS$10 juta untuk hubungan China-Afrika.
- 7 November - Negeri Sembilan memenangi Piala Malaysia 2009, menewaskan Kelantan 3-1.
- 6 November - Banjir musim tengkujuh bermula di pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia.
- 6 November - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-219 didakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
- 5 November - Kemboja dan Thailand saling memanggil pulang duta mereka selepas kerajaan Kemboja melantik bekas Perdana Menteri Thai Thaksin Shinawatra (gambar) sebagai penasihat ekonomi.
- 4 November - Kerajaan Persekutuan mengumumkan akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.
- 4 November - Royalti minyak Kelantan: Kerajaan Malaysia mengumumkan akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.
- 3 November - Republik Czech mengesahkan Perjanjian Lisbon, memuaskan langkah terakhir dalam penguatkuasaanya di Kesatuan Eropah.
- 2 November - Hamid Karzai (gambar) kekal sebagai Presiden Afghanistan selepas pencabarnya Abdullah Abdullah menarik diri daripada pusingan kedua.