Pergi ke kandungan

Norhayati Onn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato Seri Onn ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama sepenggal (2005-2008) dan mantan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Ketua UMNO Klang.

Datin Paduka
Norhayati Onn
Ahli Dewan Negara
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
14 Oktober 2005 – 13 Oktober 2008
Maklumat peribadi
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
PekerjaanAhli politik

Setiausaha politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada 6 Januari 2014. Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik ke jawatan itu[1].

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Kes nusyuz

[sunting | sunting sumber]

Hakim syarie Drs Atras Mohamed Zin di Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 2 Julai 2009 untuk sebutan semula kes nusyuz (derhaka) Mohd Suffian Abdul Aziz, seorang jurutera perunding terhadap isterinya, Norhayati Onn. Keputusan status kes permohonan cerai secara fasakh difailkan oleh Norhayati terhadap Mohd Suffian. Norhayati tidak hadir di mahkamah pada 23 April 2009.[2]

  1. ^ MAZWIN NIK ANIS (8 Januari 2014). "PM's first female political secretary". The Star. Dicapai pada 13 Julai 2021.
  2. ^ Sebutan Semula Kes Nusyuz Norhayati 2 Julai