Noraniza Idris (album)
Noraniza Idris | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 6 Julai 1992 | |||
Dirakamkan pada | Januari - Jun 1992 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Studio |
| |||
Genre |
| |||
Panjang | 36:93 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Sony Music Malaysia | |||
Penerbit | Ahmad Ali | |||
Kronologi Noraniza Idris | ||||
| ||||
Single daripada Noraniza Idris | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Noraniza Idris ialah album studio keenam oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 6 Julai 1992, oleh Sony Music Malaysia.
Album ini agak istimewa kerana menjadi album eksperimen pertama Noraniza dalam mengembangkan muzik pop tradisional. Menerusi album ini, Noraniza bereksperimen dengan lagu-lagu ghazal dan zapin yang diadun dengan bunyian pop. Pengaruh Arab juga ketara menerusi sedikit sentuhan samrah dalam lagu Monolog Duka sendiri. Lagu tersebut mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 1993 namun gagal ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Lagu lain yang popular adalah lagu Rentak Tandak dan Rindu-Rinduan.
Bertitik tolak dari album inilah, Noraniza bertapa seketika dari dunia rakaman untuk mencari formula terbaik dalam menghasilkan sebuah album tradisional yang lebih kontemporari dan hasilnya pada tahun 1997 beliau muncul mengejut dengan karya-karya hebat dalam album Ala Dondang.
Menariknya mengenai album ini adalah kerana penggubah muzik Ramli M.S yang jarang mencipta lagu sendiri telah merakamkan lagu ciptaannya buat Noraniza yang berjudul "Duka Rindu". Tidak ramai penyanyi yang berpeluang menyanyikan lagu maestro muzik ini.
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Monolog Duka" | Siso | Muhaji | 4:33 | ||||||
2. | "Siapa Aku Dimatamu" | Lukhman. S | Adam Ahmad | 4:04 | ||||||
3. | "Ku Di Sini" | Langcepoh | Mohd Din | 3:26 | ||||||
4. | "Cuba Kau Fikir" | Chuari Selamat | Mohd Din | 3:45 | ||||||
5. | "Gelora Rindu" | Faez Khashraf | Mohd Din | 3:46 | ||||||
6. | "Segunung Janji Selaut Kasih" |
| Wan Omar | 3:46 | ||||||
7. | "Duka Rindu" | Lukhman. S | Ramli M. S. | 3:31 | ||||||
8. | "Rentak Tandak" | Copyright Controlled | Copyright Controlled | 3:00 | ||||||
9. | "Alangkah Indah Di Waktu Pagi" | S. Sudarmaji | P. Ramlee | 4:42 | ||||||
10. | "Rindu-Rinduan" | Nurol Nadzir | Adam Ahmad | 4:20 | ||||||
Jumlah masa: 36:93 |