Nopal
Nopal | |
---|---|
Opuntia littoralis var. vaseyi | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Genus: | Opuntia |
Species | |
Many, see text. | |
Sinonim | |
and see text |
Nopal (dari bahasa Nahuatl nōpalli atau nōchtli untuk buahnya) adalah segolongan tumbuhan dalam genus tumbuhan berbunga Opuntia dalam keluarga kaktus Cactaceae.[1] Spesies yang paling umum diketahui dalam genus ini adalah Opuntia ficus-indica.
Botani
[sunting | sunting sumber]O. ficus-indica adalah kaktus berbatang besar dan terbentuk yang boleh tumbuh mencapai ketinggian 5-7 meter dengan ketebalan 1 meter dengan jambak mahkota lebih dari 3 meter.[1] Daunnya berwarna hijau kebiruan dengan sedikit duri yang tumbuh sehingga 2.5 cm (1 in).[1]
Buahnya berduri biasanya tumbuh bertapak rata, bulat dan dikelilingi dua jenis duri: duri besar dan duri kecil halus seakan bulu iaitu glokid yang mudah tertanggal lalu melekat pada kulit atau rambut. Buah ini boleh dimakan namun perlu ditanggalkan glokid ini terlebih dahulu agar tidak tertelan lalu terlekat dan merengsakan pada tekak, bibir, dan lidah; masyarakat peribumi selalu akan menggosokkan buah dipetik pada pasir atau membakarnya untuk membuang bulu-bulu halus ini.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Sebagai bahan makanan
[sunting | sunting sumber]Di Mexico, buah nopal - nopales[2] atau tuna[3] sering digunakan untuk membuat pelbagai jenis lauk sup, salad, roti, pencuci mulut, gula-gula, jem malah minuman dua-dua jenis ringan dan keras.[2][4][5]
Buah nopal amat dikehendaki pada musim panas apabila banyak pokok berbuah termasuk di Maghribi, Tunisia, Malta (dijadikan arak bajtra[6]) dan kawasan-kawasan lain di Timur Tengah.
Ia dimanfaatkan sebagai bahan alternatif dan murah kepada jagung dalam pembuatan tortilla.[7]
-
Buah nopal dijual di pasar di Zacatecas, Mexico
-
Longgokan daun-daun nopal dijual di pasar
Kegunaan lain
[sunting | sunting sumber]Tumbuhan ini menjadi tumpuan serangga spesies Dactylopius coccus sebagai sumber makanan, serangga ini merembeskan asid karminik yang digunakan sebagai bahan pewarna kokineal pada masakan barangan solekan.[2] Malah, pokok itu sendiri boleh diperolehi bahan betanin untuk tujuan sama.[2]
Lumatan daun nopal pernah digunakan masyarakat peribumi Mexico sebagai penutup luka.[8] Air perahan daun nopal juga berpotensi digunakan sebagai bahan membuat bioplastik.[9]
Para petani di Malta menanam pokok ini sebagai penghalang dan sempadan ladang serta menahan angin kuat.[6]
Sesetengah spesies nopal boleh menghasilkan bioetanol sebagai bahan api kenderaan yang alternatif.[10]
Perlambangan budaya
[sunting | sunting sumber]Di tanah Palestin, nopal (Arab: صُبَّار, rumi: ṣubbār bentuk ism kata kerja صَبَرَ ṣabara "bersabar; menahan diri")[11] adalah simbol ketekadan dan ketabahan masyarakat sana.[12] Pendatang Yahudi Eropah ke taklukan Israel juga mengaitkan perwatakan diri dengan buah ini yang "keras berduri di luar, manis lembut di dalam" bergelar sabra (Ibrani: צַבָּר terbitan kata Ibrani: צבר, rumi: tsabar );[13][14] ia dahulunya digunakan sebagai gelaran menghina orang generasi Aliyah Pertama dari Romania 1881 hingga 1903 oleh orang-orang generasi Aliyah Kedua dan Ketiga.[15][16]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Opuntia ficus-indica (prickly pear)". CABI. 3 January 2018. Dicapai pada 23 May 2018.
- ^ a b c d Yvonne Savio (1989). "Prickly pear cactus production". Small Farm Center. University of California – Davis. Dicapai pada 23 December 2015. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "uc" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Grigson, Jane (2007). Jane Grigson's Fruit Book. U of Nebraska Press. m/s. 380. ISBN 978-0-8032-5993-5.
- ^ Midey, Connie (May 31, 2005). "A magical plant". The Arizona Republic. Dicapai pada May 22, 2010.
- ^ Jarman, Max (October 11, 2005). "Hand crafted hooch: Prickly pear vodka from Flagstaff". The Arizona Republic. Dicapai pada May 22, 2010.
- ^ a b George Cini (March 20, 2003). "Zeppi's Bajtra, the liqueur from the prickly pear fruit". Times of Malta.
- ^ Trevino, Miguel Trancozo. "The remarkable power of the prickly pear". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Jun 2020.
- ^ del Socorro Santos Díaz, María; Barba de la Rosa, Ana-Paulina; Héliès-Toussaint, Cécile; Guéraud, Françoise; Nègre-Salvayre, Anne (2017). "Opuntia spp.: Characterization and Benefits in Chronic Diseases". Oxidative Medicine and Cellular Longevity (dalam bahasa Inggeris). 2017: 8634249. doi:10.1155/2017/8634249. PMC 5401751. PMID 28491239.
- ^ "How to make biodegradable 'plastic' from cactus juice". BBC News. 4 Jun 2019. Dicapai pada 5 Jun 2021.
- ^ Ciriminna, Rosaria; Delisi, Riccardo; Albanese, Lorenzo; Meneguzzo, Francesco; Pagliaro, Mario (21 February 2017). "Opuntia ficus-indica seed oil: Biorefinery and bioeconomy aspects". European Journal of Lipid Science and Technology. 119 (8): 1700013. doi:10.1002/ejlt.201700013. ISSN 1438-7697.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 210. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Tamir, Tally (1999). "The Shadow of Foreignness: On the Paintings of Asim Abu-Shakra". Palestine-Israel Journal. 6 (1).
- ^ Almog, Oz (2000). The Sabra: The Creation of the New Jew. Translated by Haim Watzman. University of California Press. ISBN 978-0-520-21642-6. Dicapai pada 2018-04-17.
- ^ "Over here and over there". The Economist. Nov 16, 2006. Dicapai pada 2007-10-16.
- ^ "JewishPost.com - The Myth of the Israeli Sabra".
- ^ Almog, Oz. 2000. The Sabra the creation of the new Jew. The S. Mark Taper Foundation imprint in Jewish studies. Berkeley: University of California Press