Pergi ke kandungan

Nizamiyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nizamiyyah (Parsi: نظامیه) , (Arab: النظامیة) adalah sekumpulan institusi zaman pertengahan pendidikan tinggi didirikan oleh Khwaja Nizam al-Mulk pada abad kesebelas di Iran ketika zaman empayar Seljuk. Nama nizamiyyah berasal dari namanya. Sekolah-sekolah teologi Ash‘ari-Shafi‘i ini mengguna pakai model madrasah, atau sekolah-sekolah agama Islam.[1]

Institut-institut Nizamiyyah adalah institusi pengajian tinggi yang berstruktur pertama dalam dunia Islam. Kualiti pendidikannya adalah yang tertinggi di dunia Islam, dan juga dikenali di benua Eropah. Mereka disokong secara kewangan, politik, dan kerohanian oleh pertubuhan diraja dan mereka yang berdarjat elit. Sesetengah sarjana berpandangan bahawa pertubuhan madrasah-madrasah Nizamiyyah adalah suatu percubaan untuk menyaingi satu lagi kumpulan Islam, iaitu kelompok Ismailiyah dari golongan Syiah, dalam rantau itu. Ini disokong dengan tindakan Nizam al-Mulk mengkhususkan suatu bab penting dalam bukunya yang masyhur Buku-buku Politik (Siyāsatnāma) untuk menyangkal doktrin-doktrin Ismailiyah.[2]

Sekolah Nizamiyyah yang termasyhur adalah Al-Nizamiyyah di Baghdad yang ditubuhkan pada tahun 1065, di mana Khwaja Nizam al-Mulk melantik ahli falsafah dan teologi yang terkenal, Imam al-Ghazali, sebagai pentadbir / mudir. Penyair Farsi yang terkenal Saadi Shirazi juga adalah salah seorang pelajar Nizamiyyah Baghdad. Sekolah-sekolah Nizamiyyah yang lain turut terletak di Nishapur, Balkh, Amol, Herat dan Isfahan.

Nizam ul-Mulk akhirnya dibunuh dalam perjalan dari Isfahan ke Baghdad pada 1092 AM. Menurut pelbagai buku, dia dibunuh oleh seorang ahli Hashshashin, sekumpulan mazhab Ismailiyah dari Syiah.

Menurut Mughatil ibn Bakri, seorang ahli kakitangan Al-Nizamiyya di Baghdad yang merupakan juga menantu[3] kepada Nizam Al-Mulk, Nizam al-Mulk sendiri dibunuh apabila dia menjadi seorang ahli Syiah selepas suatu perdebatan Sunah-Syiah dilaksanakan oleh perintah Sultan Malik Shah I, yang juga dibunuh.[4]

  1. ^ Ed(s). "al- Niẓāmiyya , al- Madrasa." Encyclopaedia of Islam, Second Edition. Edited by: P. Bearman , Th. Bianquis , C.E. Bosworth , E. van Donzel and W.P. Heinrichs. Brill, 2010, retrieved 20(03/2010)
  2. ^ Virani, Shafique N. The Ismailis in the Middle Ages: A History of Survival, A Search for Salvation (New York: Oxford University Press, 2007), 73.
  3. ^ "The Nail in the Door & the Conference of Baghdad's Scholars – Iqra Online" (dalam bahasa Inggeris). 2023-12-22. Dicapai pada 2025-03-03.
  4. ^ Mughatil ibn Bakri, Mencari Kebenaran di Baghdad (در جستجوی حق در بغداد), juga bermuncul bawah judul "راهي به سوي حقيقت", ISBN 964-93287-8-5, p.134-136. Kaitkan item dalam katalog penerbit: [1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]