Nimfa
Penampilan
Dalam mitologi dan penceritaan masyarakat Yunani Purba, hutan belantara sering dikunjungi semangat berupa dayang iaitu nimfa (Bahasa Yunani Kuno: νύμφη , nýmphē ; loghat Doria dan Aeolia: νύμφα nýmphā[1]).
Mereka diceritakan sering berkerumun di mata air dan mempunyai kuasa sakti seperti menyembuh sakit,[2] menilik nasib dan menjelma.[3] Mereka juga diceritakan menjadi pendamping dewa-dewi kuat - misalnya anak-anak Pleione yang menjadi pendamping dewi Artemis. Mereka diceritakan sering bersikap lantang dan sering menggoda manusia.[4][5] Hampir semua nimfa hidup abadi kecuali Hamadryas yang bergantung kepada pokok khusus.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Online Etymology Dictionary". etymonline.com.
- ^ Larson 2001, m/s. 5.
- ^ Larson 2001, m/s. 11, 71.
- ^ Larson 2001, m/s. 4.
- ^ a b Parad, Carlos; Förlag, Maicar (1997). "Genealogical Guide to Greek Mythology: Nymphs". Astrom Editions. Dicapai pada 25 May 2019.
- Sumber
- Larson, Jennifer (2001). Greek Nymphs: Myth, Cult, Lore. New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-514465-9.