Nasi goreng kampung
Nasi goreng kampung | |
---|---|
Jenis | Nasi Goreng |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Semenanjung Tanah Melayu iaitu Malaysia dan Selatan Thailand |
Dicipta oleh | Malaysia |
Bahan utama | Ikan bilis, belacan, kangkung, cili padi, cili api, bawang merah, bawang putih |
sunting · sunting di Wikidata |
Nasi Goreng Kampung (Jawi: ناسي ڬوريڠ كامڤوڠ ) ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran yang menjual secara à la carte. Nasi Goreng Kampung adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia dan Selatan Thailand.
Sebar di negara jiran
[sunting | sunting sumber]Bermula dari rancangan Master Chef Indonesia musim 8 dan 9 iaitu diperkenalkan oleh Pak Adi dan Victor[1].
Jenis masakan
[sunting | sunting sumber]Berbeza dengan nasi goreng jenis yang lain, nasi goreng ini dikenalpasti melalui cara masakan nasi goreng itu sendiri. Nasi goreng ini, selain menggunakan bahan tumis biasa iaitu bawang, lazimnya sayur dan ikan bilis turut digunakan. Sayur yang biasa digunakan pula ialah sayur kangkung. Nasi goreng kampung juga turut terkenal dengan kepedasannya kerana penggunaan cili api atau cili padi dalam masakan. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh meminta untuk tidak meletakkan cili agar kepedasan tidak terasa.
Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.
Hidangan
[sunting | sunting sumber]Nasi goreng ayam secara lazimnya dihidang bersama hirisan timun. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada, telur goreng, hirisan tomato ataupun keropok, bersama sos atau sambal. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan.