Narciso Ramos
Narciso Ramos | |
---|---|
![]() | |
Setiausaha Luar Negeri | |
Dalam jawatan 30 Disember 1965 – 1968 | |
Presiden | Ferdinand Marcos |
Didahului oleh | Mauro Mendez |
Digantikan oleh | Carlos P. Romulo |
Ahli Dewan Perwakilan Filipina dari Daerah Kelima Pangasinan | |
Dalam jawatan 15 November 1935 – 1946 | |
Didahului oleh | jawatan dibentuk |
Digantikan oleh | Cipriano Allas |
Ahli Dewan Perwakilan Filipina dari Daerah Kelima Pangasinan | |
Dalam jawatan 1934–1935 | |
Didahului oleh | Juan Millian |
Digantikan oleh | jawatan digugurkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Narciso Rueca Ramos 11 November 1900 Asingan, Pangasinan, Kepulauan Filipina |
Meninggal dunia | 3 Februari 1986 Manila, Filipina | (umur 85)
Tempat semadi | Manila Memorial Park, Parañaque, Manila, Filipina[1][2] |
Kewarganegaraan | Filipina |
Parti politik | Parti Liberal |
Pasangan | Angela Valdez (1926–1978, kematiannya) Alfonsita Lucero (kematiannya) |
Anak | Fidel V. Ramos Leticia Ramos-Shahani Gloria Ramos-Rodda |
Pekerjaan | wartawan, peguam, diplomat, duta |
Dikenali dengan | Jun, N.R. |
Narciso Rueca Ramos (11 November 1900 - 3 Februari 1986) ialah seorang wartawan, peguam, ahli politik dan diplomat Filipina.[3] Anaknya, Fidel Ramos, ialah bekas Presiden Filipina. Dari 1965 hingga 1968, Ramos menjadi Menteri Luar Negeri dalam pemerintahan Ferdinand Marcos.
Dalam kapasiti sebagai Menteri Luar Negeri, pada 8 Ogos 1967 beliau menghadiri pertemuan di Bangkok yang juga dihadiri oleh 4 menteri luar negeri lain: Adam Malik (Indonesia), S. Rajaratnam (Singapura), Tun Abdul Razak (Malaysia) dan Thanat Khoman (Thailand). Pada hari itu Ramos dan keempat menteri luar negeri lainnya menandatangani deklarasi penubuhan ASEAN. Beliau menjadi orang pertama yang memberikan sambutan dalam acara deklarasi tersebut. Beliau mengatakan bahawa perundingan yang telah dilakukan benar-benar menuntut niat baik, imaginasi, kesabaran dan saling memahami di antara kelima menteri luar negeri yang hadir.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Our Heritage and the Departed: A Cemeteries Tour". Presidential Museum & Library (Philippines). Dicapai pada 27 September 2015.
- ^ Lila Ramos Shahani, The Papal Visit: a Protestant Perspective January 19, 2015, PhilStar
- ^ Narciso Ramos Dies at 86; Served in Philippine Cabinet New York Times. Diakses 10 Januari 2014