Napoléon Coste
Penampilan
Claude Antoine Jean Georges Napoléon Coste merupakan pemain gitar klasik dan penggubah dari Perancis pada era romantis.
Napoléon dilahirkan di Amondans dekat Besançon, Perancis. Bahu kiri Napoléon tercedera pada tahun 1863 disebabkan oleh kemalangan, tetapi hal ini tidak menjejaskan kerjaya persembahannya, walhal dia tetap membuat persembahan di khalayak umum sehingga tahun 1881. Napoléon seorang ahli freemason Les Frères Unis Inséparables.[1] Dia gemar main gitar 7 tali.
Antara hasil gubahannya yang terkenal ialah Scherzando Op.38 No.8.