Naomi Watts
Naomi Watts | |
---|---|
Kelahiran | 28 September 1968 |
Laman web rasmi | http://www.myspace.com/naomiwatts |
Naomi Watts (lahir September 28, 1968) adalah seorang pelakon Inggeris-Australia yang pernah dicalonkan Anugerah Akademi.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Hidup awal
[sunting | sunting sumber]Watts dilahirkan di Shoreham, Kent, England, tempat dia tinggal sehingga usianya lapan tahun. Ibu bapanya, Peter dan Myfawny Watts telah berpisah apabila usianya empat tahun, dan ketika dia tujuh tahun, bapanya meinggal dunia. Berikutan kematian bapanya, ibunya menempatkan keluarga mereka ke pekan Llangefni (Ladang Llanfawr), di Pulau Anglesey di Wales Utara, tempat mereka tinggal dengan nenek dan datuk Naomi, Hugh dan Nikki Roberts. Walaupun ibunya sentiasa memindahkan keluarga mereka keliling Wales dan England, biasanya dia mengikut teman-teman lelakinya dan dia akhirnya pulang ke Llangefni. Dia tinggal di sana sehingga usianya 14 tahun. Kemudian, sewaktu lawatan ke Australia, ibunya menjadi yakin situ adalah "tanah dengan peluang" dan berpindah ke Sydney pada 1982. Neneknya, Nikki, seorang warganegara Australia, membuatkan lebih mudah untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan, dan sejak itu, Naomi dan keluarga diberikan kewarganegaraan Australia.
Bapanya seorang jurutera suara dengan Pink Floyd (ketawa gilanya ditunjukkan dalam The Dark Side of the Moon) dan ibunya (yang juga menyumbang kepadaDark Side of the Moon's "The Great Gig in the Sky") seperti dijelaskan oleh Watts sebagai seorang hippie "dengan keupayaan pasif-agresif" yang pernah mengugut untuk menghantarnya dan adik-beradik lelakinya ke rumah anak yatim untuk menyakinkan ibu bapanya menjaga keluarga itu, sejak ibunya ketiaadan wang selepas kematian ayahnya.
Di Sydney, dia menghadiri beberapa sekolah lakonan (dan pada pelajaran pertama di sekolah pertama, dia menemui Nicole Kidman, bersama berkongsi teksi untuk pulang ke rumah dari kelas mereka (dan mereka masih lagi berkawan baik). Pada 1986, dia mengambil cuti lakonan dan pergi ke Jepun untuk bekerja sebagai seorang peragawati, tetapi pengalamannya, yang hanya berterusan untuk kira-kiranya empat bulan, tidak berhasil. Watts menjelaskan perkara itu sebagai satu tempoh yang paling dahsyat pada hidupnya. Sewaktu kepulangannya ke Australia, Watts kerja untuk sebuah pasar raya gedung tempatan dan sejak itu dia bekerja sebagai pembantu penerbit busana dengan sebuah majalah fesyen Australia. Dia hanya pulang ke bidang lakonan apabila mendapat satu jemputan kasual dari seorang sahabat sekerjanya untuk mengambil bahagian dalam sebuah permainan kecil yang mendorongnya untuk berpaling ke arah bidang seni visual dan membantunya untuk berhenti kerja dan mendedikasikan dirinya sepenuhnya sebagai seorang pelakon.